Memaparkan catatan dengan label tips komputer. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tips komputer. Papar semua catatan

Sabtu, April 26, 2008

Menggabungkan SP3 ke dalam CD Windows XP

Seperti yang diketahui, Microsoft sudah melancarkan Service Pack 3 RTM (final) pada 22 April lalu. Kali ini aku ingin kongsi bagaimana untuk meletakkan SP3 ke dalam CD Windows XP yang lebih dikenali sebagai Slipstream. Tujuan ini dilakukan ialah apabila Windows dipasang ia telah siap sedia dengan Service Pack 3, maknanya setelah ianya siap dipasang (install) secara virtualnya tiada sebarang Update perlu dipasang kerana SP3 telah mengandungi semua update dan hotfix yang sebelumnya.

Bagaimana ini dilakukan?.. Mudah sahaja :

1. Masukkan CD Windows XP korang.

2. Muat turun Service Pack 3 daripada Microsoft.
3. Muat turun dan pasang program nLite.

4. Tekan Next sehingga korang sampai kat Locating the Windows installation page, tekan Browse and select the cd-rom drive di mana CD Windows XP korang berada :

5. Seterusnya, nLite akan tanya korang dimana untuk simpan fail CD tersebut untuk pengubahsuaian, click OK.

6. Sekarang korang perlu buat folder dimana fail Windows dari CD akan disalin dan pengubahsuaian akan dilakukan. Tekan Make New Folder pada sebarang lokasi, dan beri sebarang nama.

7. nLite akan salin (copy) semua fail daripada CD Windows XP ke folder yang telah korang buat sebelumnya. Setelah selesai, tekan Next.

8. Seterusnya tekan Next sehingga korang sampai pada Task Selection, pilih Service Pack dan Bootable ISO (ini untuk membuat image windows yang baru setelah digabungkan dengan SP3) kemudian tekan Next.

9. Tekan Select dan dan pegi dimana korang letak fail service pack 3 yang telah korang download tu iaitu dalam langkah 2 di atas.

10. Kemudian, nLite akan memulakan proses menggabungkan Service Pack 3 pada Windows XP korang tadi. Setelah selesai, klik OK dan tekan Next.

11. Akhir sekali, kita perlu buat image Windows baru yang telah diggabungkan tadi untuk burn ke dalam CD. Pada Mode, pilih Create Image kemudian tekan Make ISO . Korang juga boleh terus Burn ke dalam CD tanpa buat ISO Image baru, pilih Mode Direct Burn dan klik Burn seperti gambar dibawah. Jadi korang x perlu program lain untuk burn image tersebut.

Setelah selesai, akhirnya korang dah ade CD Windows XP yang telah dikemaskini dengan Service Pack 3. Bila korang install Windows baru ataupun format komputer korang, secara automatik Service Pack 3 dipasang sekali ;)

Isnin, Februari 11, 2008

Bagaimana menyelamatkan Windows yg bermasalah.

Kebanyakkan antara pengguna Windows XP apabila terjadinya sesuatu masalah yang kritikal pada sistem operasi Windows iaitu seperti BSOD (Blue Screen of Death) yang kerap mereka akan mengambil keputusan untuk format atau install semula Windows.

BSOD berlaku sekiranya terdapat "device drivers" yang tidak sesuai dengan perkakasan, memory yang rosak, registry yang bermasalah ataupun Dynamic-link library (DLL) yang tidak sesuai.

Sebenarnya sekiranya BSOD berlaku dengan kerap, korang tidak perlu mengambil keputusan untuk install semula atau format terus komputer tersebut. Terdapat langkah yang dapat mengembalikan sistem operasi Windows kepada keadaan asal yang berfungsi secara baik dengan melalukan beberapa langkah mudah dalam cubaan menyelamatkan Windows daripada mengambil langkah format.

Korang hanya memerlukan :
1) Windows XP CD
2) Kesabaran ... hehe

Jadi apabila korang menghadapi masalah BSOD yang kerap dan kemudian tidak dapat memasuki Windows, langkah-langkah berikut mungkin berjaya iaitu dengan menggunakan Disk Checkup (CHKDSK) :

  1. Restart komputer
  2. Boot daripada CD Windows XP
  3. Tekan R untuk membuka Windows XP Recovery Console
  4. Taip CHKDSK /R dan enter (disini kesabaran korang diperlukan hehe, tunggu sehingga habis)
  5. Taip BOOTCFG untuk memperbetulkan segala masalah dalam fail boot.ini
  6. Restart komputer korang sekali lagi tetapi tekan kekunci F8 semasa proses "booting"
  7. Pilih “Last Known Good Configuration” dan tekan enter.
InsyaAllah, sistem operasi Windows korang akan berjalan baik seperti sediakala. Kalau x boleh juga, maknanya langkah untuk install semula Windows pula diambil.

Sabtu, Januari 26, 2008

Bypass ALL Internet Blocking System

Hehe, dengar tajuk entry ni pon mcm lain je kan. Aku tau ramai je diluar sana mesti mengalami situasi yang sama iaitu internet di pejabat, sekolah, lab universiti mesti ade yang sekat capaian kepada sesetengah laman web.

Biasanya laman web yang korang nak akses tapi disekat adalah laman web sosial seperti friendster, myspace, facebook, dan orkut betul tak? dan ada sesetengah nak akses meebo, imo.im, webmessenger hehe macam aku.

Jadi aku nak kongsi ngan korang satu perisian yang mampu melepasi sistem firewall (filters) untuk mengakses laman-laman web kegemaran korang tu. Perkenalkan perisian UltraSurf 8.5

Tapi bila korang guna ni, jangan la kecoh2 ngan kawan2 opis, sekolah korang... haha kantoi aku x tau. shhhhhh!

Jumaat, Januari 25, 2008

Nak delete file tapi x bleh...bagaimana?

Pernah x korang nak delete file tapi mcm xleh kerana Windows mengatakan bahawa file tersebut tengah digunakan oleh suatu program.

Ala...biasanya kuar mesej camni..


Kekadang boleh je buang setelah program tersebut dipadamkan, namun kekadang x bleh pon. Jadi bagaimana sekiranya perkara seperti itu terjadi?

Langkah mudah, hanya gunakan program yang dikenali sebagai Unlocker. Program ini ditawarkan secara percuma untuk pengguna Windows 20000/XP/Vista yang mampu untuk "unlock" sebarang folder atau files yang korang nak delete tu. Program ini hanya sebesar 192KB.

Khamis, Januari 24, 2008

Steganography : Bagaimana menyorokkan fail rahsia ke dalam fail imej

Dulu masa study kat ftsm, ukm adalah satu subjek ni ajar tentang steganography yg dikelolakan oleh Dr Sha hehe rindu plak waktu dalam kelas. Kalau dari wikipedia steganography bermaksud :

"Steganography is the art and science of writing hidden messages in such a way that no one apart from the sender and intended recipient even realizes there is a hidden message. "

Waktu Dr Sha ni adela tunjuk macam-macam cara stega ni. Salah satu yang menarik adalah menyorok file peribadi/penting/apa-apa la istilah iaitu file yang kita hendak nyorokkan daripada pengetahuan org atau diakses org dan dinyorokkan pada file gambar jpg biasa.

Jadi kali ni aku nak kongsi langkah-langkah bagaimana untuk nyorokkan fail rahsia ke dalam fail gambar.

Ok, langkah pertama dapatkan fail rahsia korang dan juga sebarang fail gambar jpg. Dalam tutorial ini aku menggunakan contoh gambar klcc.jpg dan juga fail yang ingin disorokkan secret.txt

Langkah 1 :

Masukkan file rahsia korang dan fail jpg tu pada satu folder. Mcm dalam kes ni aku guna folder rahsia dan letakkan pada root directory C: jadi folder tu sepatutnya C:\RAHSIA

Langkah 2 :

Untuk langkah 2, korang perlukan perisian WinRAR. Kemudian add fail rahsia korang pada "new RAR archieve (dalam contoh ini secret.txt.rar)

Jadi sepatutnya, korang dah ade 3 fail pada folder C:\rahsia

Langkah 3 :

Pergi command prompt, mcm mana?... senang je (start menu -> run -> type "cmd") takpon pada (accessories -> command prompt).

Langkah 4 :

Tukar kepada C:\RAHSIA dengan menggunakan command "CD" iaitu change directory seperti gambar dibawah.

Langkah 5 :
Sekarang taip copy /b klcc.jpg + secret.txt.rar klcc_hid.jpg dimana klcc.jpg adalah fail gambar asal, secret.txt.rar adalah fail yang akan dinyorokkan, dan klcc_hid.jpg adalah fail yang mengandungi keduanya.

Maka sekarang korang berjaya menyorokkan fail secret.txt.rar iaitu fail secret.txt yang telah di'rar'kan pada fail gambar klcc_hid.jpg. Kalau korang bukak fail klcc_hid.jpg tiada apa yang mencurigakan seperti dibawah.

Jadi bagaimana untuk mendapatkan balik fail secret.txt dari gambar ini?. Mudah je hanya tukarkan fail klcc_hid.jpg kepada klcc_hid.rar dan extract fail secret.txt tersebut. Untuk memudahkan kerja rename extension korang untick "Hide extensions for known file types" tujuannya supaya korang dpt tukar extension fail tersebut dengan mudah.


Kalau korang rasa susah sangat nak ikut bende ni, just guna je program Hide in Picture ni... atau mp3stego ni untuk menyorokkan fail ke dalam fail mp3.

*Update

ada sesetengah org mengatakan x berjaya buat trick ni.
so rasa elok tgh tutorial org ni lebih kurang gak. tapi compression tool dia guna 7-zip.

Jumaat, Januari 18, 2008

Muat turun video dari Youtube

Mesti korang pernah ingin memuat turun video-video dari youtube untuk simpanan sendiri atau untuk diemelkan kepada rakan-rakan. Kini banyak perisian yang membolehkan anda berbuat demikian. Namun kenapa tidak hanya dilakukan secara online.

Vixy.Net Online FLV Converter mampu memuat turun video dari Youtube dan menukarkan jenis video kepada beberapa jenis format video yang standard secara online. Korang boleh memilih sama ada untuk ditukarkan video youtube tersebut kepada AVI (Divx +MP3), MOV (MPEG4 +MP3), MP4 (MPEG4 + AAC), 3GP atau hanya fail audio MP3. Vixy.Net turun menawarkan perisian yang mampu melakukan tugas yang sama yang boleh didapati disini.

Memaparkan Versi Windows Anda

Macam dah lama je x update blog aku yang tah hape2 ni... hehe. Okay kali ni aku nak share simple tips yang ada antara anda sudah pon lama tau, iaitu memaparkan signature windows di desktop. Apa kegunaannya? kegunaannya adalah untuk mengetahui versi windows anda secara details dan hanya melihat pada desktop anda. Jika dilihat pada screenshot yang diletakkan aku menggunakan Windows XP Professional dengan Service Pack 3.



Langkah-langkah untuk meletakkan signature tersebut adalah dengan edit registry melalui :



  1. Klik Start -> Run

  2. Taipkan regedit

  3. Kembangkan (expand) ke: HKEY_CURRENT_USER\Control Panel\Desktop

  4. Cari DWORD yang bernama PaintDesktopVersion. Kemudian beri nilai "1".

  5. Kalau tiada buat DWORD baru dan beri nama PaintDesktopVersion. Kemudian berikan nilai "1"

  6. Restart atau Log-Off komputer.

*Update.. Berdasarkan kepada komen luver berikut :

luver berkata...
kalo win. vista bkesan ke ni .? dah cuba ..but nothing happen ..ehehe..

Jadi Untuk pengguna Windows Vista cara ini masih berkesan, ikot cara yang sama juga. Untuk kepastian boleh lihat gambar dibawah ini.

Isnin, Disember 10, 2007

Remote Desktop Sharing

Pernahkah anda mengalami situasi dimana ingin menerangkan sesuatu yang terjadi/berada di komputer anda kepada rakan dengan harapan mereka dapat melihat apa yang anda terangkan. Sebenarnya perkara itu tidak mustahil, dengan menggunakan VNC (Virtual Network Computing) desktop anda boleh dikongsi bersama rakan-rakan. Program seperti RealVNC membolehkan anda memberi kuasa kepada rakan anda untuk mengawal komputer anda. Namun program RealVNC memerlukan konfigurasi yang memeningkan kepala, terutama yang tidak begitu mahir dalam menkonfigurasinya.

Oleh itu kali ini saya ingin berkongsi dua program seumpamanya yang boleh didapati secara percuma iaitu Crossloop dan juga ScreenStream yang lebih mudah tanpa perlu menkonfigurasikan apa-apa.

Kita mulakan dengan ScreenStream dahulu, untuk menggunakan program ini dan membenarkan rakan melihat skrin desktop anda, apa yang diperlukan adalah memuat-turun software tersebut pada komputer host sahaja, iaitu komputer anda sahaja. Rakan anda tidak perlu lakukan sedemikian. Kemudian hanya perlu memberi access code, yang boleh diakses oleh rakan anda melalui web browser melalui alamat diberikan oleh ScreenStream. Jadi kelebihan ScreenStream ialah rakan anda tidak perlu memasang sebarang perisian, hanya perlu pergi ke web browser untuk melihat skrin komputer anda. Mungkin anda boleh menggunakan perisian ini untuk mengajar dan memberitahu sesuatu atau mendapatkan bantuan daripada rakan anda atau pendapat.
Antaramuka ScreenStream

Seterusnya mari kita lihat perisian Crossloop pula, untuk menggunakan Crossloop tidak seperti ScreenStream kedua-dua pihak mesti memuat-turun perisian yang sama. Kemudian mereka perlu menyambung sambungan kepada server Crossloop. Komputer yang menjadi Host perlu memberi access code kepada rakan, kemudian rakan akan memasukkan code tersebut ke dalam crossloop dalam komputernya. Kelebihan Crossloop adalah anda boleh memberi akses untuk mengawal komputer anda atau tidak. Ini amat membantu sekiranya anda memerlukan bantuan teknikal daripada rakan, seterusnya memudahkan rakan anda tersebut membantu dalam masalah tersebut. Kekurangannya kedua-dua pihak perlu sedia ada perisian tersebut untuk membolehkan perkongsian skrin dilakukan dan tidak menggunakan web browser yang mungkin lebih senang dan mudah. Satu lagi kelebihan Crossloop adalah dengan membuka akaun Crossloop anda boleh memberi bantuan kepakaran kepada pengguna-pengguna Crossloop yang lain, maka anda boleh saling bantu-membantu.

Antaramuka Crossloop, untuk akses komputer rakan tekan tab access, manakala share untuk kongsi bersama rakan.

Anda turut boleh membantu pengguna Crossloop yang lain.

Ahad, Disember 09, 2007

Entry no 50!! Yahoo! Messenger invisible hack

Akhirnya sudah 50 entry dalam blog yang x seberapa ini, aku pasti ramai diluar sana menggunakan Yahoo! Messenger sebagai IM berhubung dengan rakan-rakan sama ada melalui chat, voice or video chat. Satu kelebihan Yahoo! Messenger adalah fungsi invisible atau stealth yang digunakan untuk menyorok daripada seseorang yang tidak dikehendaki. Kadang kala seseorang itu dalam keadaan offline hanya melalui pilihan "invisible to everyone" padahal dirinya sebenarnya berstatus online.

Kini terdapat cara untuk mengetahui rakan anda itu benar-benar offline atau sebaliknya. Antaranya ialah menggunakan perisian Buddy Spy, namun dengan menggunakan perisian ini kita perlu login ke account yahoo dan seterusnya berhenti berhubung dengan rakan buat sementara waktu.

Hehe, jadinya kali ni aku mahu berkongsi cara-cara alternatif untuk mengesan rakan anda itu benar-benar online. Kita boleh menggunakan antara dua langkah berikut :

Menggunakan Yahoo Conference settings

1. Buka window contact yang hendak dikesan dengan menekan id rakan anda tersebut.
2. Klik butang Conference. Tetingkap (window) Conference akan dibuka.
3. Klik butang Invite. Jika butang Talk dapat ditekan, maka rakan anda adalah online, jika tidak maka memang dia adalah dalam status offline.

Menggunakan Yahoo Doodle IMvironment

1. Buka window contact yang hendak dikesan dengan menekan id rakan anda tersebut.
2. Tekan butang IMvironment.
3. Pilih See all IMvironments kemudian pilih Yahoo! tools and Doodle.
4. Jika anda melihat seperti skrin dibawah, maka rakan anda benar-benar offline, jika skrin adalah kosong maka rakan anda sebenarnya tengah online.


Gunakan dengan bijak dan bila perlu, kerana ini melibatkan privacy pengguna.

Mozilla Firefox Addons

Saya suka menggunakan Mozilla Firefox untuk melayari internet, kenapa saya suka?...sbb sye suka..hehe. Mengarut dah koh3. Hehe antara sebab aku suka Firefox ni adalah kita bleh add "addon" dan "theme" yang boleh didapati dengan banyak sekali di website mozilla. Malah firefox ni terasa laju semasa nak bukak website-website kegemaranku.. huhu.

Okay serious2, hehe. So entry kali ni aku nak kongsi tiga add-on (juga dikenali sebagai extensions) daripada beribu-ribu yang agak menarik yang dapat menambahkan lagi keceriaan dan fungsi Mozilla Firefox.

Jadi kita mulakan dengan mangsa pertama iaitu Fission, apa kegunaan fission ni rakan2? Fission ni merupakan add-on yang menggabungkan "address bar" dan "progress bar". Fission memberi wajah baru kepada "address bar" firefox anda. (Address bar = tempat letak alamat laman web). Maka setelah menggunakan add-on ni, address bar anda itu turut telah menjelma sebagai progress bar :) Paham ke x?.. hehe x paham tanya.

Fission boleh digunakan dari Mozilla Firefox 1.5 hingga Mozilla Firefox 3.0 Beta 1

Mangsa seterusnya, adalah "Tab Scope". Tab Scope merupakan add-on yang menambah fungsi kepada tabs firefox iaitu membenarkan kita melihat prebiu (hehe) kandungan sesuatu tabs itu. Kira meninjau tanpa perlu menekan tabs tersebut. Bukan itu sahaja malah kita boleh menekan pautan pada gambaran prebiu (hehe lagi) tersebut dan juga dapat "scroll" dalam gambaran prebiu tersebut menggunakan roda tetikus (mouse wheel).

Dengan gembiranya addon ini boleh digunakan dari Firefox 1.5 hingga Firefox 3.0 Beta 1 juga.

Kini tibanya kepada mangsa terakhir, DownThemAll merupakan add-on yang membenarkan pengguna Firefox memuat turun semua pautan atau imej yang terdapat pada sesuatu laman web itu. Ia memaparkan segala pautan dan imej seterusnya membenarkan kita menyimpannya pada direktori yang kita kehendaki. Terdapat juga opsyen untuk hanya memaparkan pautan imej dan video sahaja.

Jumaat, November 02, 2007

TaskManager, Regedit, Command Prompt Disabled?

Anda mesti penah terkena virus/trojan/malware apa-apa la seangkatan dengannya yang bukan sahaja mengganggu sistem komputer anda malah melakukan perubahan yang boleh dikira menyampah iaitu memadam fungsi task manager, regedit, command prompt dan kadang kala folder options.. kenapa malware/virus perlu buat begini. Ini adalah untuk mengelak daripada kita membetulkan keadaan dengan mudah dengan menggunakan Task Manager dan tool lain.

So disini aku nak kongsi cara bagaimana untuk "enable" atau adakan balik fungsi dan tool yang berkenaan setalah dipadamkan oleh virus durjana tadi.


Task Manager.

Terdapat dua langkah untuk enable balik task manager ni.. Ok langkah pertama adalah seperti berikut:

1. pergi ke "RUN" pada start menu dan type "gpedit.msc" ini untuk buka Group Policy Object
2. pergi "User Configuration" --> Administrative Template --> System
3. pergi "Ctrl + Alt + Delete" kemudian double klik --> pilih "Remove Task Manager"
4. tekan properties kemudian pilih disabled.

Maka Task Manager anda boleh digunakan semula. Maknanya Remove Task Manager telah disabled maksudnya Task Manager enabled....hehe saja wat korang pening.

haha paham ke x ni? aku tau ade je blur... so apa susah-susah...tekan je kat sini download file ni lepas tu run haha...

hmm kenapa aku citer langkah panjang-panjang sedangkan boleh guna cara mudah ni...hehe cuba fikir kegunaannya..kalau la xde file ni, n xde internet nk download.. korang bolehlah guna langkah panjang tadi ye ke x?


Command Prompt (cmd)

Ada gak virus durjana yang disabled command prompt. Kadang kala ade geng2 kita ni nak guna fungsi ni x dpt dh nak guna.. cane nak adakan balik?...lebih kurang sama mcm langkah untuk enable task manager tadi. Langkah seperti berikut :

1. pergi ke "RUN" pada start menu dan type "gpedit.msc" ini untuk buka Group Policy Object
2. pergi "User Configuration" --> Administrative Template --> System
3. pergi "Prevent Access to Command Prompt"
4. tekan properties kemudian pilih disabled.

hehe xde la susah sngt kan?

Regedit dan Folder Options

Untuk adakan balik regedit yang dipadam oleh malware, masih lebih kurang sama :

Run -> Taip gpedit.msc -> Pergi "User Configuration" -> Pergi "Administrative Templates" -> Pilih "System" -> Double klik "Prevent access to registry editing tools" -> tekan properties pilih "Disabled"

Manakala untuk Folder Options:

Run -> Taip gpedit.msc -> Pergi "User Configuration" -> Pergi "Administrative Templates" -> Pergi "Windows Components" -> Pilih "Windows Explorer" -> Double Klik "Removes the Folder Options menu item from the Tools menu" -> tekan properties pilih "Disabled"

...so kalau masih blur tu amik jela file nih... extract dari RAR lepas tu double klik je.

Download untuk Regedit / Download Untuk Folder Options


Remove Restrictions Tool

Kalau korang nak cara yang lebih mudah, hanya gunakan RRT (remove restrictions tool) yang dihasilkan oleh Sergiwa.com nih. Semua digabungkan dalam 1 program. Hanya download disini.

Info Tambahan

Selalunya setelah berjaya buang virus sebegini (cth: ravmon, rvhost, flash.1, jambanmu.com) selalunya meninggalkan startup iaitu error "cannot find rvhost.exe bla bla bla" lebih kurang la. Annoying gak la asyik keluar cani setiap kali buka komputer kan. So cara nak hilangkan bende ni.. adalah dengan bukak regedit cari HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows NT \CurrentVersion\Winlogon

sila amik perhatian kat Shell = Explorer.exe "rvhost.exe" tukar ia kembali kepada Shell = Explorer.exe

lagi satu gpedit.msc hanya boleh digunakan di Windows XP Professional sahaja, Windows XP Home guna je file tadi tu.

Selasa, Oktober 23, 2007

WOW Part 2


Video: 3D User Pic in Windows Vista

(Description later)

"WOW" Part 1


The 'WoW' Start now..begitulah tag microsoft untuk produk Windows Vista mereka. Kali ni nak share beberapa cara untuk menambahkan lagi WOW kepada Vista..dah wow nak wow lagi..wowee hehe. Okay untuk part 1 ni, aku pasti ramai yang menggunakan Winamp untuk memainkan MP3 dan fail audio yang lain. Oleh itu aku terjumpa Winamp Skins yang amat ngam dengan Vista, dikenali sebagai WMP Aero, pengguna Windows XP turut boleh menggunakan skin ini. Jadi kalau korang nak try boleh la download sini. Okay nnti sambung WOW part 2 plak.

Jumaat, Oktober 05, 2007

Yahoo Messenger: Status Panjang.

Baru-baru ni YM macam limit kan kepanjangan status yang boleh ditulis. So tak dapat la nak tulis kata-kata, puisi, quotes dan apa-apa sahaja yang panjangnya lebih daripada apa yang ditetapkan. Namun sekarang masalah tersebut boleh di atasi dengan hanya menggunakan "Yahoo Messenger LongStatus Fix daripada pautan berikut :

download “YahooMessenger LongStatus Fix kat sini