Ahad, Disember 09, 2007

Entry no 50!! Yahoo! Messenger invisible hack

Akhirnya sudah 50 entry dalam blog yang x seberapa ini, aku pasti ramai diluar sana menggunakan Yahoo! Messenger sebagai IM berhubung dengan rakan-rakan sama ada melalui chat, voice or video chat. Satu kelebihan Yahoo! Messenger adalah fungsi invisible atau stealth yang digunakan untuk menyorok daripada seseorang yang tidak dikehendaki. Kadang kala seseorang itu dalam keadaan offline hanya melalui pilihan "invisible to everyone" padahal dirinya sebenarnya berstatus online.

Kini terdapat cara untuk mengetahui rakan anda itu benar-benar offline atau sebaliknya. Antaranya ialah menggunakan perisian Buddy Spy, namun dengan menggunakan perisian ini kita perlu login ke account yahoo dan seterusnya berhenti berhubung dengan rakan buat sementara waktu.

Hehe, jadinya kali ni aku mahu berkongsi cara-cara alternatif untuk mengesan rakan anda itu benar-benar online. Kita boleh menggunakan antara dua langkah berikut :

Menggunakan Yahoo Conference settings

1. Buka window contact yang hendak dikesan dengan menekan id rakan anda tersebut.
2. Klik butang Conference. Tetingkap (window) Conference akan dibuka.
3. Klik butang Invite. Jika butang Talk dapat ditekan, maka rakan anda adalah online, jika tidak maka memang dia adalah dalam status offline.

Menggunakan Yahoo Doodle IMvironment

1. Buka window contact yang hendak dikesan dengan menekan id rakan anda tersebut.
2. Tekan butang IMvironment.
3. Pilih See all IMvironments kemudian pilih Yahoo! tools and Doodle.
4. Jika anda melihat seperti skrin dibawah, maka rakan anda benar-benar offline, jika skrin adalah kosong maka rakan anda sebenarnya tengah online.


Gunakan dengan bijak dan bila perlu, kerana ini melibatkan privacy pengguna.

Tiada ulasan: