Imej kotak yang korang lihat diatas kesan "reflection" tidak dilakukan dengan mengedit gambar menggunakan perisian khas seperti Adobe Photoshop atau lain-lain perisian malah hanya menggunakan satu website yang dikenali sebagai ReflectionMaker.com
Reflection Maker merupakan online service yang mampu membuat gambar yang diupload mempunyai reflection dibawahnya secara on the fly. Korang boleh juga meletakkan URL imej yang ingin dibuat efek reflection. Setelah itu korang boleh la download file imej yang telah telah dibuat oleh reflection maker untuk kegunaan sendiri.
Jadi lepas ni korang tak payah la susah-susah ikot step tutorial photoshop untuk melakukan reflection seperti ini.
Memaparkan catatan dengan label web menarik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label web menarik. Papar semua catatan
Jumaat, Januari 25, 2008
Reflection Maker
Labels: web menarik
Selasa, Disember 04, 2007
Soundsnap : Fail audio tanpa royalti
Anda memerlukan fail audio, music, bunyi-bunyian yang ingin digunakan dalam projek anda, sama ada dalam flash. Jangan runsing hanya pergi ke laman web Soundsnap. Ia merupakan pangkalan data online fail audio, sound effects yang telah dimasukkan oleh pengguna Soundsnap untuk dikongsi.Fail audio telah disusun ke dalam 16 kategori berlainan bagi memudahkan pengguna mencari bunyi-bunyian tertentu melalui tag berbentuk awan. Fail audio boleh dimuat turun dalam bentuk format fail mp3, wav dan juga aiff.
Labels: web menarik
Khamis, Oktober 04, 2007
Yahoo! Search kini dengan "Predictive Input"
Yahoo! search memasukkan fungsi baru kepada Search engine mereka yang dikenali sebagai "Search Assistant" teknologi bantuan terbaru digunakan dalam web. Fungsi ini boleh dipadamkan mengikut selera pengguna.
Kajian yang dilakukan oleh Harris Interactive untuk Yahoo! mendapati bahawa pengguna mengalami "Web search fatigue" dimana 99 peratus pengguna dewasa yang menggunakan enjin gelintar untuk mencari maklumat, hanya 15 peratus daripada mereka dapat memperoleh maklumat yang mereka cari daripada carian pertama.
Oleh itu Yahoo cuba mengurangkan angka ini dengan membantu pengguna mencari maklumat yang tepat, bukan hanya memaparkan link-link yang memeningkan pengguna. Sebagai contoh, apabila maklumat berbuka puasa dimasukkan, terdapat beberapa cadangan maklumat yang berkaitan, dan ini memudahkan pencarian maklumat anda.
Labels: web menarik
Langgan:
Catatan (Atom)