Ahad, Disember 23, 2007

Rupa Proton SAGA baru.




Snapshot yang menunjukkan rekabentuk Proton BLM (replacement model untuk SAGA), nampak menarik suatu kebangkitan daripada syarikat kereta nasional proton.

maklumat mengenainya di blog paultan.org

Sabtu, Disember 22, 2007

Microsoft .NET training dengan hanya RM80


Berita gembira kepada pembangun-pembangun aplikasi semua, Microsoft Malaysia kini menawarkan latihan .NET yang dikenali sebagai START.NET Program Workshop dengan kadar yang istimewa.

Program START.NET ini dikhususkan kepada pembangun yang ingin mendapatkan latihan secara mudah dengan kadar berpatutan iaitu hanya RM80 pada satu-satu sesi (kebiasaannya Rm1500). Latihan kemahiran ini akan menyediakan pembangun pelbagai skil diantaranya "Getting Started with.NET, Upgrading to Visual Basic 6 dan .NET Framework 3.0

Maklumat mengenainya :
http://www.microsoft.com/malaysia/events/dotnet/default.aspx

dual sim phone

Sekiranya ada antara anda yang telah mendapatkan Happy prepaid atau mahu mendapatkannya dan mula berfikir sejenak, susahnya asyik nak tukar-tukar sim card ataupun ingin mendapatkan telefon bimbit kedua untuk Happy prepaid. Nanti dulu!, kini terdapat telefon bimbit daripada Samsung yang mempunyai dua slot sim card.

Kini dengan Samsung SGH-D880 Dual Active Sim anda mampu memasang dua sim card secara aktif. Ini bermaksud anda boleh menerima panggilan dari dua-dua sim card pada satu-satu masa serta boleh tidak aktifkan mana-mana sim card yang anda kehendaki. Anda juga turut boleh membuat panggilan daripada mana-mana sim card. Fitur (hehe) yang terdapat pada telefon bimbit ini adalah seperti 3 megapixels camera, skrin 2.3"QVGA, FM Radio dan juga music player yang menyokong MP3, AAC etc.

Khamis, Disember 20, 2007

boring dgn interface windows.

Terasa boring pulak dengan interface Windows ni, sama ada Windows XP or Windows Vista. Masa lom pakai vista dulu penah gak guna Vista Transformation Pack. Mesti ada antara korang penah guna Vista Transformation Pack ni yang kini telah keluar versi ke 8. So disebabkan itu aku menggunakan bantuan Pak Cik Google untuk mencari interface atau theme yang lain untuk ditukarkan. Maka dengan bantuan Pak Cik Google itu aku berjaya menjumpai satu theme yang agak lawa..

Ada antara kita menggemari theme Mac OSX bukan?.. hehe kali ini seorang rakyat tempatan iaitu rakyat Malaysia telah mengeluarkan Mac OSX Leopard Transformation Pack yang dihasilkan oleh kampongboy92 seorang graphics designer.

Berikut adalah gambaran-gambaran interface Mac OSX Leopard Transformation Pack yang akan menukarkan interface Windows anda kepada Mac OSX Leopard.

Kalau tgk dari screenshot ni, lagi lawa dari FlyakiteOSX v3.5


Menarik bukan? :) apa lagi cuba la.. (dinasihatkan untuk membuat system restore point sebelum mencuba pengubahsuaian ini)

Khamis, Disember 13, 2007

"choose a happy ending"... pilih kesudahan yang menggembirakan

Gambar apakah ini, ini adalah gambar starter pack Happy bersama-sama sticker yang diberi oleh jurujual yang sungguh baik hati. Hehe ini bermakna aku sudah mendapatkan starter pack Happy, haha anda bagaimana?. Berwaspada la anda mungkin akan menjadi mangsa panggilan berbual yang lama... :)

i'm happy now...but if one day i lost my happy, where should i go to get back my happy? .. mmm

Rabu, Disember 12, 2007

Windows Vista SP1 RC1 dan Windows XP SP3 RC1


Window Vista Service Pack 1 RC1 (release candidates 1) dan juga Windows XP Service Pack 3 RC1 kini boleh dimuat turun oleh umum. Sebelum ini Service Pack tersebut hanya boleh didapati oleh Beta Tester terpilih sahaja. Namun kini ianya telah dibuka kepada umum. Namun harus diingat Service Pack ini masih belum siap sepenuhnya (final), oleh itu sebarang yang terjadi adalah atas tanggungjawab sendiri. RC1 adalah version "up" sket dari version beta yang hampir kenapa yang final.





Kepada sesiapa yang tidak berapa paham fungsi Service Pack boleh mendapatkan lebih maklumat melalui wikipedia ini

info terbaru tentang happy prepaid


Untuk maklumat terkini, tempat untuk isian semula kredit Happy prepaid secara umumnya adalah terhad. Namun kini pengguna Happy boleh berbuat demikian menggunakan CIMBClicks dan juga beberapa mesin ATM sekitar anda, dan untuk pengetahuan umum Happy caj maksimum yang dikenakan adalah 99 sen tetapi terhad untuk 45 min sahaja, selepas itu panggilan anda akan diputuskan secara automatik. Haha tapi masih berbaloi bukan :)

Sudahkah anda bersedia untuk menjadi gembira?.. :) Be Happy.

Isnin, Disember 10, 2007

Promosi HP Maxis Broadband


HP Malaysia bersama Maxis telah membuat promosi bersama, iaitu sebuah laptop HP dengan pemproses Intel Core Duo dan USB modem Maxis HSDPA broadband yang boleh dimilikki dengan hanya rm178 sebulan selama 24 bulan. Perjimatan sebanyak RM1,739 seperti yang dipaparkan pada iklan mereka.

Maklumat lanjut hubungi 1-800-88-4899 atau melalui laman web hp

Remote Desktop Sharing

Pernahkah anda mengalami situasi dimana ingin menerangkan sesuatu yang terjadi/berada di komputer anda kepada rakan dengan harapan mereka dapat melihat apa yang anda terangkan. Sebenarnya perkara itu tidak mustahil, dengan menggunakan VNC (Virtual Network Computing) desktop anda boleh dikongsi bersama rakan-rakan. Program seperti RealVNC membolehkan anda memberi kuasa kepada rakan anda untuk mengawal komputer anda. Namun program RealVNC memerlukan konfigurasi yang memeningkan kepala, terutama yang tidak begitu mahir dalam menkonfigurasinya.

Oleh itu kali ini saya ingin berkongsi dua program seumpamanya yang boleh didapati secara percuma iaitu Crossloop dan juga ScreenStream yang lebih mudah tanpa perlu menkonfigurasikan apa-apa.

Kita mulakan dengan ScreenStream dahulu, untuk menggunakan program ini dan membenarkan rakan melihat skrin desktop anda, apa yang diperlukan adalah memuat-turun software tersebut pada komputer host sahaja, iaitu komputer anda sahaja. Rakan anda tidak perlu lakukan sedemikian. Kemudian hanya perlu memberi access code, yang boleh diakses oleh rakan anda melalui web browser melalui alamat diberikan oleh ScreenStream. Jadi kelebihan ScreenStream ialah rakan anda tidak perlu memasang sebarang perisian, hanya perlu pergi ke web browser untuk melihat skrin komputer anda. Mungkin anda boleh menggunakan perisian ini untuk mengajar dan memberitahu sesuatu atau mendapatkan bantuan daripada rakan anda atau pendapat.
Antaramuka ScreenStream

Seterusnya mari kita lihat perisian Crossloop pula, untuk menggunakan Crossloop tidak seperti ScreenStream kedua-dua pihak mesti memuat-turun perisian yang sama. Kemudian mereka perlu menyambung sambungan kepada server Crossloop. Komputer yang menjadi Host perlu memberi access code kepada rakan, kemudian rakan akan memasukkan code tersebut ke dalam crossloop dalam komputernya. Kelebihan Crossloop adalah anda boleh memberi akses untuk mengawal komputer anda atau tidak. Ini amat membantu sekiranya anda memerlukan bantuan teknikal daripada rakan, seterusnya memudahkan rakan anda tersebut membantu dalam masalah tersebut. Kekurangannya kedua-dua pihak perlu sedia ada perisian tersebut untuk membolehkan perkongsian skrin dilakukan dan tidak menggunakan web browser yang mungkin lebih senang dan mudah. Satu lagi kelebihan Crossloop adalah dengan membuka akaun Crossloop anda boleh memberi bantuan kepakaran kepada pengguna-pengguna Crossloop yang lain, maka anda boleh saling bantu-membantu.

Antaramuka Crossloop, untuk akses komputer rakan tekan tab access, manakala share untuk kongsi bersama rakan.

Anda turut boleh membantu pengguna Crossloop yang lain.

Ahad, Disember 09, 2007

Entry no 50!! Yahoo! Messenger invisible hack

Akhirnya sudah 50 entry dalam blog yang x seberapa ini, aku pasti ramai diluar sana menggunakan Yahoo! Messenger sebagai IM berhubung dengan rakan-rakan sama ada melalui chat, voice or video chat. Satu kelebihan Yahoo! Messenger adalah fungsi invisible atau stealth yang digunakan untuk menyorok daripada seseorang yang tidak dikehendaki. Kadang kala seseorang itu dalam keadaan offline hanya melalui pilihan "invisible to everyone" padahal dirinya sebenarnya berstatus online.

Kini terdapat cara untuk mengetahui rakan anda itu benar-benar offline atau sebaliknya. Antaranya ialah menggunakan perisian Buddy Spy, namun dengan menggunakan perisian ini kita perlu login ke account yahoo dan seterusnya berhenti berhubung dengan rakan buat sementara waktu.

Hehe, jadinya kali ni aku mahu berkongsi cara-cara alternatif untuk mengesan rakan anda itu benar-benar online. Kita boleh menggunakan antara dua langkah berikut :

Menggunakan Yahoo Conference settings

1. Buka window contact yang hendak dikesan dengan menekan id rakan anda tersebut.
2. Klik butang Conference. Tetingkap (window) Conference akan dibuka.
3. Klik butang Invite. Jika butang Talk dapat ditekan, maka rakan anda adalah online, jika tidak maka memang dia adalah dalam status offline.

Menggunakan Yahoo Doodle IMvironment

1. Buka window contact yang hendak dikesan dengan menekan id rakan anda tersebut.
2. Tekan butang IMvironment.
3. Pilih See all IMvironments kemudian pilih Yahoo! tools and Doodle.
4. Jika anda melihat seperti skrin dibawah, maka rakan anda benar-benar offline, jika skrin adalah kosong maka rakan anda sebenarnya tengah online.


Gunakan dengan bijak dan bila perlu, kerana ini melibatkan privacy pengguna.

authorPOINT Lite : Program menukar fail Powerpoint kepada fail flash

Jika anda pernah memikirkan untuk menukarkan fail PowerPoint (ppt) anda kepada fail flash (swf), kini anda bertuah kerana dengan hanya program saiz sebesar 4MB sahaja, anda mampu menukar fail powerpoint kepada fail flash. Program yang dikenali sebagai authorPOINT Lite merupakan program utility percuma yang menukar PPT kepada SWF dengan mengekalkan rekabentuk dan ciri-ciri asal seperti bunyi, narasi dan juga animasi.
Maklumat mengenainya cara-cara untuk menukar PPT ke SWF disini

Nathan Sawaya Lego Artist sepenuh masa.

Korang mesti penah main blok Lego kan semasa kecik, kalau x penah ruginya hidup. Hehe gurau je. Selalunya mesti seronok kalau dapat buat sesuatu yang menarik dengan lego ni. Waktu tu kalau terasa bangga dengan kekreatifan tu, lupakan je la sebab ada seseorang yang lebih kreatif dengan blok lego ni. Perkenalkan Nathan Sawaya, seorang full time Lego artist. Sebenarnya dia ni seorang attorney namun boleh meninggalkan profesionnya itu untuk menjadi artist lego?..hehe...

Okay, mari kita lihat sedikit hasil kerja Nathan Sawaya ni.







Percaya x semua ini adalah blok lego?... kreatif bukan, untuk melihat hasil-hasil rekaan yang lain sila ke Nathan Sawaya : The Art of brick

Mozilla Firefox Addons

Saya suka menggunakan Mozilla Firefox untuk melayari internet, kenapa saya suka?...sbb sye suka..hehe. Mengarut dah koh3. Hehe antara sebab aku suka Firefox ni adalah kita bleh add "addon" dan "theme" yang boleh didapati dengan banyak sekali di website mozilla. Malah firefox ni terasa laju semasa nak bukak website-website kegemaranku.. huhu.

Okay serious2, hehe. So entry kali ni aku nak kongsi tiga add-on (juga dikenali sebagai extensions) daripada beribu-ribu yang agak menarik yang dapat menambahkan lagi keceriaan dan fungsi Mozilla Firefox.

Jadi kita mulakan dengan mangsa pertama iaitu Fission, apa kegunaan fission ni rakan2? Fission ni merupakan add-on yang menggabungkan "address bar" dan "progress bar". Fission memberi wajah baru kepada "address bar" firefox anda. (Address bar = tempat letak alamat laman web). Maka setelah menggunakan add-on ni, address bar anda itu turut telah menjelma sebagai progress bar :) Paham ke x?.. hehe x paham tanya.

Fission boleh digunakan dari Mozilla Firefox 1.5 hingga Mozilla Firefox 3.0 Beta 1

Mangsa seterusnya, adalah "Tab Scope". Tab Scope merupakan add-on yang menambah fungsi kepada tabs firefox iaitu membenarkan kita melihat prebiu (hehe) kandungan sesuatu tabs itu. Kira meninjau tanpa perlu menekan tabs tersebut. Bukan itu sahaja malah kita boleh menekan pautan pada gambaran prebiu (hehe lagi) tersebut dan juga dapat "scroll" dalam gambaran prebiu tersebut menggunakan roda tetikus (mouse wheel).

Dengan gembiranya addon ini boleh digunakan dari Firefox 1.5 hingga Firefox 3.0 Beta 1 juga.

Kini tibanya kepada mangsa terakhir, DownThemAll merupakan add-on yang membenarkan pengguna Firefox memuat turun semua pautan atau imej yang terdapat pada sesuatu laman web itu. Ia memaparkan segala pautan dan imej seterusnya membenarkan kita menyimpannya pada direktori yang kita kehendaki. Terdapat juga opsyen untuk hanya memaparkan pautan imej dan video sahaja.

Khamis, Disember 06, 2007

happy™ :)

Saya gembira akhir-akhir ini, anda bagaimana?.. Hehe rasanya anda akan lebih gembira apabila tau tentang ini. Happy™ merupakan servis prepaid terbaru di Malaysia. Apa kelebihan Happy.. taraaa... hehe caj panggilan kemana-mana network hanya serendah 1 sen sesaat dan caj maksimum hanya 99 sen sahaja! tanpa mengambil kira tempoh panggilan yang dibuat... :) caj sms pula dikenakan 10 sen kemana-mana network. Validity nya pon agak lama iaitu 60 hari dengan sebarang nilai caj semula!, amat sesuai sebagai nombor kedua, keh3. Anda mesti tertanya bagaimana network coverage plak.. hehe untuk itu Happy prepaid menggunakan coverage sedia ada DiGi, dan no prefix untuk Happy prepaid adalah 014. Ok, sekiranya berminat starter pack bagi Happy hanyalah serendah RM5 dengan isian perbualan RM2. Dengan hanya mendaftar di http://www.happy.com.my/ anda boleh membeli starter pack tersebut yang akan dihantar ke rumah dengan percuma. Krew Happy turut akan mengunjungi Giant Hypermarket sekitar anda, so dptkan Happy anda disana nnti, carta disini :)

Yahoo! Messenger for Vista Preview

Akhirnya, Yahoo! Messenger for Vista kini boleh dicuba oleh pengguna Windows Vista diluar sana. Tapi ini hanyalah gambaran awal terhadap YM for Vista final yang belum tahu lagi bila akan keluar. Apa kelebihannya Yahoo! Messenger khas untuk Windows Vista ini berbanding Yahoo! Messenger asal yang sedia ada?

Maka hati ini tertanya, terus aku menekan butang "Download Now", cara installnya masih sama seperti dulu, mudah seperti install program yang lain-lain juga. Aku terus menanti proses menginstalasi (hahah). Setelah selesai keluar la interface yang agak menarik, kena la ngan Windows Vista.


So apa yang barunya.. ok, mula2 adalah "Contact Scaling" dimana kita boleh adjust saiz gambar, avatar contact list kita. Contoh seperti gambar di bawah. Terdapat juga theme yang boleh dipilih tapi tu bkn penting pon, ikot selera sendiri je.

Fungsi menarik lain adalah "Tabs" dimana semua tetingkap chat akan diletakkan dalam 1 tetingkap yang sama seperti gambar kat bawah ni, so xde la taskbar korang penuh or desktop korang banyak sngt bende yang dibuka.


Fungsi yang sangat aku suka adalah "Gadgets", iaitu gadget yang diletakkan di Windows Sidebar. Dimana kita boleh drag contact yang kita suka, dan dari situ kita boleh access dgn cepat sama ada untuk chat dgnnya, tau dia online dan offline. Untuk mengubah contact hanya drag n drop ke Gadget tersebut.

Maka yang terakhir sekali apa yang aku nampak, emoticon nya ada yang baru n gambar nya gemok2 la plak hehhe...So pengguna Windows Vista yang turut menggunakan Yahoo! Messenger jika ingin mencuba sila la download disini.

Rabu, Disember 05, 2007

Perisian PERCUMA setiap hari.

Hmm.. ni bukan cubaan .. ni yang betul2. Melalui projek Giveaway of the Day, anda boleh mendapatkan perisian dan games percuma yang sepatutnya perlu dibayar lesennya. Namun perisian-perisian tersebut terhad pada sesuatu hari. Contohnya pada hari entry ini ditulis, laman web tersebut menawarkan perisian Folder Castle, iaitu satu perisian untuk mengelak folder diakses oleh individu yang tidak diingini.

Laman web tersebut boleh dilawat di:
http://www.giveawayoftheday.com/ utk games disini

Perisian percuma untuk hari ini adalah:
Giveaway of the Day

Selasa, Disember 04, 2007

Soundsnap : Fail audio tanpa royalti


Anda memerlukan fail audio, music, bunyi-bunyian yang ingin digunakan dalam projek anda, sama ada dalam flash. Jangan runsing hanya pergi ke laman web Soundsnap. Ia merupakan pangkalan data online fail audio, sound effects yang telah dimasukkan oleh pengguna Soundsnap untuk dikongsi.

Fail audio telah disusun ke dalam 16 kategori berlainan bagi memudahkan pengguna mencari bunyi-bunyian tertentu melalui tag berbentuk awan. Fail audio boleh dimuat turun dalam bentuk format fail mp3, wav dan juga aiff.

Isnin, Disember 03, 2007

Selamat Hari Jadi SMS (ke 15 tahun)

Semestinya ramai diantara kita menggunakan khidmat sms selama ini. Macam aku hari-hari setiap pagi aku akan menghantar sms, hehe siapa la orang itu. Tahukah bahawa hari ini (3 Oktober) merupakan ulang tahun ke 15 dimana text sms mula-mula digunakan secara komersil yang dihantar melalui rangkaian Vodafone oleh jurutera Airwide Solutions Neil Papworth.

Oleh itu hari ini merupakan ulang tahun ke 15, semenjak kejadian itu berlaku. Mesej sms yang pertama itu yang mempunyai teks "Merry Christmas" yang dihantar oleh Neil Papworth seorang jurutera Airwide Solutions, yang menghantar sms menggunakan rangkaian Vodaphone kepada rakannya sedang meraikan parti Krismas yang turut berkerja di syarikat telekomunikasi.

Maklumat lanjut berkenaannya disini.

Sabtu, Disember 01, 2007

Polis Di Raja M'sia ke Polis Raja Di M'sia

Renung-renungkanlah gambar ni... mmmm


Sumber : http://www.bloghijat.blogspot.com/

Puisi..sungguh puitis

Bidadariku,
Namamu tak terukir,
Dalam catatan harianku,
Asal usulmu tak hadir,
Dalam diskusi kehidupanku,
Wajah wujudmu tak terlukis,
Dalam sketsa mimpi-mimpiku,
Indah suaramu tak terakam,
Dalam pita batinku,
Namun kau hidup mengaliri,
Pori-pori cinta dan semangatku,
Sebab,
Kau adalah hadiah agung,
Dari tuhan,
Untukku,
Bidadariku..

Jumaat, November 23, 2007

Hmm...org kata...

"ORANG KATA..
enjoy sementara muda,
hidup panjang lagi,
dah tua nanti tobatlah.
ATUK KATA..
orang muda hidup memang baru bermula,
tapi belum tentu masih panjang lagi,
entah esok lusa Izrail datang menjemput.
AKU RASA..
betul jugak tu..
ORANG KATA..
exams tu susah,
kena banyak sacrifice,
constant study..past year
papers..etc..etc..etc..
ATUK KATA..
exams tu senang aje,
dah ada tarikh untuk diuji,
dah ada syllabus untuk diikut,
kalau ajal.. entah bila siapapun tak tahu,
byk pula tu peringkat ujiannya,
Munkar Nankir, Neraca Mizan, tayangan slide..
AKU RASA..
betul jugak tu..
ORANG KATA..
have fun on your birthday,
panggil kekawan and sedara mara,
berpartylah sepanjang malam,
make it a memorable one!!
ATUK KATA..
setiap hari jadi,
kita semakin hampir,
hampir setahun dengan kematian,
setahun lagi diberi peluang utk beramal,
bertaubat..
AKU RASA..
betul jugak tu..
ORANG KATA..
kerja mesti sungguh-sungguh,
beli rumah besar, kereta mewah, makan lazat..
baru hati puas!
ATUK KATA..
ye ke hati dah puas??
dah cukup ibadah nak tempah kubur luas-luas?
dah siap kenderaan meluncur Siratul Mustaqim?
dah cukup zikir untuk santapan rohani?
dah cukup amal nak 'book' tempat Al-Firdaus?
AKU RASA..
betul jugak tu..
ORANG KATA..
successful people have a good time management,
ada bisnes di kl, new york, tokyo..
masih sempat berkempen utk pilihanraya,
masih sempat melepas lelah di disko dan karaoke,
masih sempat pasang perempuan 2-3,
baru orang boleh respect!
ATUK KATA..
setiap manusia dapat 24 jam dlm sehari,
tapi..
ada masa ke utk sujud di sejadah 5 kali sehari semalam?
ada masa ke nak selak Al-Quran sekali seminggu?
ada masa ke nak jenguk ibu ayah di kampung,
sekali dalam seminggu, atau sebulan, atau
setahun?
AKU RASA..
err..betul jugak tu..

source

Anak Melayu Islam Juara pertandingan sediakan arak!


Bartenders whip up a storm at contest Link : The Star

By JADE CHAN
Photos by RICKY LAI
The Star


Third placed: Erik whipping up his Belveryna and Eredevleb Framboise Tea Martini cocktails.


Test of skill and creativity: Adzhar straining his cocktail mixture before pouring it into a martini glass.


Delectable: Alvey sampling Adzhar’s Smooth while Iking looks on.
Tiga orang anak Melayu yang menyertai pertandingan Belvedere Bartender of the Year 2007 (Malaysia) anjuran Syarikat Malaysia Belvedere Vodka dilaporkan menguasai pertandingan ini.

ImageAcara ini melibatkan penyediaan Koktail bagi minuman arak jenis Belvedere Vodka dan setiap peserta dikehendaki menyediakan salah satu dari tiga jenis Belvedere Vodka iaitu Belvedere Pure, Belvedere Cytrus atau Belvedere Pomarancza.

Program yang diadakan Frangipani Bar, Bukit Bintang turut dimeriahkan oleh artis Melayu dari Sarawak iaitu Camelia.

Mohd Adzhar Ahmad, bartender dari Qba, The Westin Kuala Lumpur telah diistiharkan sebagai pemenang dan Rizal Junior Johari dari QBA juga telah memenangi tempat kedua Tempat ketiga pula jatuh kepada Mohd Erik Fiza Zulkifle dari The Loft Kuala Lumpur.

Ibnu Tarmizi dan Ibnu Majah pernah meriwayatkan:“Rasulullah s.a.w. melaknat tentang arak, sepuluh golongan: (1) yang memerasnya, (2) yang minta diperaskannya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya.” - mks.

Rabu, November 07, 2007

Apa Kata Survey...

Survey yg kene tagged oleh Hawa...dia paksa (T_T) shanmea.blogspot.com

1. Kau suka makan petai tak?
*suka*
2. Pandai duduk bersila tak?
*lebih dari pandai*
3. Ini survey Bahasa Malaysia yg keberapa kau jawab?
*pertama*
4. Kau mandi pakai sabun ke, pakai gelmandian?
*gel*
5. Clubbing tu haram ke?
*haram*
6. Baju apa kau pakai skrg?
*kemeja*
7. Mid Valley ke Times Square?
*Mid Valley*
8 . Pukul berapakah kau masuk tido smlm?
*3.30 pagi..*
9. Apakah berita yg plg kecoh berlaku skrg ni?
*hmmm ECER, perhimpunan BERSIH... tapi tu kecoh ke?*
10 . Pernah minum Ali Cafe? Untuk apa?
*penah*untukkk mmm
11 . Warna kegemaran kau?
*biru*
12. Cinta itu...
*buta*
13. Negeri manakah di Malaysia kautidak pernah kunjungi?
*sabah dan sarawak*
14. Pak Lah ke Dr. M?
*hmmm...dua2 x*
15. Di sekolah rendah, kau tergolong budak kategori apa?
*kategori budak sekolah rendah*
16. Kau rasa kau baik hati x?
*baik kot...tapi ade je x suka kat aku*
1 7. Kumpulan muzik paling kau minat?
*mmm...xde specific...bkn "kipas susah mati" mana2 kumpulan muzik*
18. Kau tgk Bersamamu x?
*tak..tp tau rancangan tu...*
19. Kalau kau tiba2 rasa nk mencaci,apakah perkataan kegemaran kau?
*sngt jarang mencaci...ececeh...so xde kot*
20. Namakan dua benda yg kau benci pasal KL.
*org pempuan gedik kat KL*org buang sampah*
21 . Pelakon lelaki tempatan kegemaran kau
*x minat ... tiada spesifik*
22. Pelakon wanita tempatan kegemaran kau pulak?
*sama gak*..
23. Maya Karin ke Nasha Aziz?
*dua-dua pon x*
24. Tempat kau selalu melepak (selain pusat membeli-belah) dgn rakan-rakan?
*x suka lepak....hahaha*
25. Adakah kau gembira ketika ini?
*boleh la*
26. Kenapa?
*sebab mmg rasa gembira*
2 7. Dimanakah kau dilahirkan?
*malaysia negara tercintan*
28. Apakah yg kau akan lakukan selepas ini?
*mana leh bgtau*
29. Apakah yg kau lakukan hari ini?
*prepare... prepare..n prepare*
30 . Apakah menu kau malam tadi??
*ohh semalam mkn...my mum's laksa, roti mcm pizza tu, n 3 sosej goreng sendiri balut ngan roti*
31. Suka menyanyi?
*Tak...sbb sore sumbang...kekadang nasib la sapa dengar hehe*
32. Rendang ayam ke rendang daging?
*Dua-dua sedap*
33. Bilakah kau hendak mendirikan rumah tangga?
*Berserah pada takdir...seeloknya cepat la hehe InsyaAllah*
34 . Kau rapat dgn ayah atau emak?
*dua-dua*
35. Survey ni seronok atau bosan?
*x bosan...tapi x best*

Jumaat, November 02, 2007

TaskManager, Regedit, Command Prompt Disabled?

Anda mesti penah terkena virus/trojan/malware apa-apa la seangkatan dengannya yang bukan sahaja mengganggu sistem komputer anda malah melakukan perubahan yang boleh dikira menyampah iaitu memadam fungsi task manager, regedit, command prompt dan kadang kala folder options.. kenapa malware/virus perlu buat begini. Ini adalah untuk mengelak daripada kita membetulkan keadaan dengan mudah dengan menggunakan Task Manager dan tool lain.

So disini aku nak kongsi cara bagaimana untuk "enable" atau adakan balik fungsi dan tool yang berkenaan setalah dipadamkan oleh virus durjana tadi.


Task Manager.

Terdapat dua langkah untuk enable balik task manager ni.. Ok langkah pertama adalah seperti berikut:

1. pergi ke "RUN" pada start menu dan type "gpedit.msc" ini untuk buka Group Policy Object
2. pergi "User Configuration" --> Administrative Template --> System
3. pergi "Ctrl + Alt + Delete" kemudian double klik --> pilih "Remove Task Manager"
4. tekan properties kemudian pilih disabled.

Maka Task Manager anda boleh digunakan semula. Maknanya Remove Task Manager telah disabled maksudnya Task Manager enabled....hehe saja wat korang pening.

haha paham ke x ni? aku tau ade je blur... so apa susah-susah...tekan je kat sini download file ni lepas tu run haha...

hmm kenapa aku citer langkah panjang-panjang sedangkan boleh guna cara mudah ni...hehe cuba fikir kegunaannya..kalau la xde file ni, n xde internet nk download.. korang bolehlah guna langkah panjang tadi ye ke x?


Command Prompt (cmd)

Ada gak virus durjana yang disabled command prompt. Kadang kala ade geng2 kita ni nak guna fungsi ni x dpt dh nak guna.. cane nak adakan balik?...lebih kurang sama mcm langkah untuk enable task manager tadi. Langkah seperti berikut :

1. pergi ke "RUN" pada start menu dan type "gpedit.msc" ini untuk buka Group Policy Object
2. pergi "User Configuration" --> Administrative Template --> System
3. pergi "Prevent Access to Command Prompt"
4. tekan properties kemudian pilih disabled.

hehe xde la susah sngt kan?

Regedit dan Folder Options

Untuk adakan balik regedit yang dipadam oleh malware, masih lebih kurang sama :

Run -> Taip gpedit.msc -> Pergi "User Configuration" -> Pergi "Administrative Templates" -> Pilih "System" -> Double klik "Prevent access to registry editing tools" -> tekan properties pilih "Disabled"

Manakala untuk Folder Options:

Run -> Taip gpedit.msc -> Pergi "User Configuration" -> Pergi "Administrative Templates" -> Pergi "Windows Components" -> Pilih "Windows Explorer" -> Double Klik "Removes the Folder Options menu item from the Tools menu" -> tekan properties pilih "Disabled"

...so kalau masih blur tu amik jela file nih... extract dari RAR lepas tu double klik je.

Download untuk Regedit / Download Untuk Folder Options


Remove Restrictions Tool

Kalau korang nak cara yang lebih mudah, hanya gunakan RRT (remove restrictions tool) yang dihasilkan oleh Sergiwa.com nih. Semua digabungkan dalam 1 program. Hanya download disini.

Info Tambahan

Selalunya setelah berjaya buang virus sebegini (cth: ravmon, rvhost, flash.1, jambanmu.com) selalunya meninggalkan startup iaitu error "cannot find rvhost.exe bla bla bla" lebih kurang la. Annoying gak la asyik keluar cani setiap kali buka komputer kan. So cara nak hilangkan bende ni.. adalah dengan bukak regedit cari HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows NT \CurrentVersion\Winlogon

sila amik perhatian kat Shell = Explorer.exe "rvhost.exe" tukar ia kembali kepada Shell = Explorer.exe

lagi satu gpedit.msc hanya boleh digunakan di Windows XP Professional sahaja, Windows XP Home guna je file tadi tu.

Selasa, Oktober 23, 2007

WOW Part 2


Video: 3D User Pic in Windows Vista

(Description later)

"WOW" Part 1


The 'WoW' Start now..begitulah tag microsoft untuk produk Windows Vista mereka. Kali ni nak share beberapa cara untuk menambahkan lagi WOW kepada Vista..dah wow nak wow lagi..wowee hehe. Okay untuk part 1 ni, aku pasti ramai yang menggunakan Winamp untuk memainkan MP3 dan fail audio yang lain. Oleh itu aku terjumpa Winamp Skins yang amat ngam dengan Vista, dikenali sebagai WMP Aero, pengguna Windows XP turut boleh menggunakan skin ini. Jadi kalau korang nak try boleh la download sini. Okay nnti sambung WOW part 2 plak.

Ahad, Oktober 21, 2007

Tidak Bertajuk



Apa kejadian yang berlaku ini? Selamat Hari Raya