Isnin, Disember 10, 2007

Remote Desktop Sharing

Pernahkah anda mengalami situasi dimana ingin menerangkan sesuatu yang terjadi/berada di komputer anda kepada rakan dengan harapan mereka dapat melihat apa yang anda terangkan. Sebenarnya perkara itu tidak mustahil, dengan menggunakan VNC (Virtual Network Computing) desktop anda boleh dikongsi bersama rakan-rakan. Program seperti RealVNC membolehkan anda memberi kuasa kepada rakan anda untuk mengawal komputer anda. Namun program RealVNC memerlukan konfigurasi yang memeningkan kepala, terutama yang tidak begitu mahir dalam menkonfigurasinya.

Oleh itu kali ini saya ingin berkongsi dua program seumpamanya yang boleh didapati secara percuma iaitu Crossloop dan juga ScreenStream yang lebih mudah tanpa perlu menkonfigurasikan apa-apa.

Kita mulakan dengan ScreenStream dahulu, untuk menggunakan program ini dan membenarkan rakan melihat skrin desktop anda, apa yang diperlukan adalah memuat-turun software tersebut pada komputer host sahaja, iaitu komputer anda sahaja. Rakan anda tidak perlu lakukan sedemikian. Kemudian hanya perlu memberi access code, yang boleh diakses oleh rakan anda melalui web browser melalui alamat diberikan oleh ScreenStream. Jadi kelebihan ScreenStream ialah rakan anda tidak perlu memasang sebarang perisian, hanya perlu pergi ke web browser untuk melihat skrin komputer anda. Mungkin anda boleh menggunakan perisian ini untuk mengajar dan memberitahu sesuatu atau mendapatkan bantuan daripada rakan anda atau pendapat.
Antaramuka ScreenStream

Seterusnya mari kita lihat perisian Crossloop pula, untuk menggunakan Crossloop tidak seperti ScreenStream kedua-dua pihak mesti memuat-turun perisian yang sama. Kemudian mereka perlu menyambung sambungan kepada server Crossloop. Komputer yang menjadi Host perlu memberi access code kepada rakan, kemudian rakan akan memasukkan code tersebut ke dalam crossloop dalam komputernya. Kelebihan Crossloop adalah anda boleh memberi akses untuk mengawal komputer anda atau tidak. Ini amat membantu sekiranya anda memerlukan bantuan teknikal daripada rakan, seterusnya memudahkan rakan anda tersebut membantu dalam masalah tersebut. Kekurangannya kedua-dua pihak perlu sedia ada perisian tersebut untuk membolehkan perkongsian skrin dilakukan dan tidak menggunakan web browser yang mungkin lebih senang dan mudah. Satu lagi kelebihan Crossloop adalah dengan membuka akaun Crossloop anda boleh memberi bantuan kepakaran kepada pengguna-pengguna Crossloop yang lain, maka anda boleh saling bantu-membantu.

Antaramuka Crossloop, untuk akses komputer rakan tekan tab access, manakala share untuk kongsi bersama rakan.

Anda turut boleh membantu pengguna Crossloop yang lain.

Tiada ulasan: