- WebGuard untuk muat turut yang selamat.
- Perlindungan terhadap Adware & Spyware
- Perlindungan khas terhadap virus email (POP3 dan SMTP)
Isnin, Mei 05, 2008
Dapatkan Avira AntiVir PersonalEdition Premium secara percuma.
Jumaat, April 25, 2008
AVG Free Antivirus kini versi 8


Maklumat lanjut di AVG-Free
Khamis, Mac 27, 2008
Install ubuntu dalam Windows dengan Ubuntu 8.04
Terdapat beberapa sebab kenapa ramai yang tidak mahu mencuba Linux. Antara alasan yang biasa adalah mereka tidak mahu buang sistem Windows yang sudah biasa diguna dan ditukar kepada yang terlalu baru bagi mereka. Walaupun terdapat cara untuk masuk kepada Linux (boot) tanpa perlu uninstall Windows, tetapi ramai diantara pengguna tidak mahu atau mempunyai masa untuk belajar bagaimana caranya.
Namun dengan adanya Ubuntu 8.04 "Hardy Heron" masalah ini boleh diselesaikan kerana korang boleh install Ubuntu dalam Windows itu sendiri serta boleh uninstall semula Ubuntu melalui Add/Remove Programs yang sering diguna oleh pengguna-pengguna Windows. Sesuatu yang menyenangkan ialah kita tidak perlu runsing atau memikirkan untuk membuat partition lain untuk Ubuntu kerana kita hanya install Ubuntu seperti kita install program-program Windows yang lain seperti biasa.
Pada entri ini ditulis Ubuntu 8.04 masih dalam peringkat Beta dan 28 hari lagi Ubuntu 8.04 final akan dilancarkan.
Gambaran di atas menunjukkan terdapat opsyen untuk install dalam Windows. Setelah opsyen tersebut dipilih menu installer Wubi akan dipaparkan seperti dibawah.
Untuk masuk kepada Ubuntu Linux, hanya pilih Ubuntu pada menu Windows seperti berikut :
Selasa, Februari 05, 2008
Compare Suite
Selamat sejahtera semua, kini dah masuk bulan februari untuk tahun 2008 ni. Kali ini aku nak kongsi satu perisian yang boleh membezakan antara dua kembar, so dapat membantu korang dalam proses pengecaman... Haha xde la aku mengarut je. Sebenarnya situasinya lebih kurang sama, perisian yang ingin aku kongsi ini digunakan utk mengenal pasti perbezaan antara 2 files yang identical files name dia, untuk memastikan bahawa file tersebut benar-benar berbeza. Kadang kala kita mempunyai fail yang sama tetapi pada partition yang lain. Semasa proses untuk mengurangkan penggunaan ruang pada hard disk korang (When it’s time to clear up some space on your hard drive hehe..) ia agak menyusahkan untuk mengenalpasti adakah fail yang mempunyai nama yang sama itu betul2 sama ataupun lain.
Compare Suite merupakan "file compare utility" yang membenarkan korang mencari perbezaan diantara dua files atau folders, perisian ini turut ada opsyen (hehe) untuk sync files atau folders tersebut, jikalau itu yang korang mahu. Selain daripada itu, keistimewaan perisian ini sebenarnya adalah ianya mampu untuk membezakan text files, dokumen Microsoft Word, fail Excel, fail PDF, fail HTML, fail zip, dan juga fail binary. Jadi korang boleh membezakan fail teks tersebut antara characters, words, atau keywords.Namun begitu perisian ini tidak percuma, tetapi korang boleh muat turun untuk cuba selama 30 hari.
Isnin, Januari 21, 2008
Virtualization...VirtualBox
Virtualization....apa tu? kalau virtual maknanya sesuatu yang maya. Virtualization yang ingin aku bincangkan kali ini adalah satu langkah atau cara untuk melarikan satu lagi OS pada komputer yang sedia ada. Sebagai contoh korang dah sedia ada bukak Windows XP misalnya, dan ingin membuka Linux (client) dalam Windows XP (host) tersebut. Ini dapat dilakukan dengan perisian virtualization yang sedia ada di pasaran.
Secara amnya terdapat tiga perisian sebegini yang diketahui. Diantaranya Virtual PC yang telah dimilikki sepenuhnya oleh Microsoft, VMWare dan terkini VirtualBox. Mungkin ada antara korang yang sememangnya sudah tahu kewujudan perisian sebegini dan fungsinya. Apa kelebihan menggunakan perisian sebegini? Kelebihannya :
- Korang tak perlu pening2 untuk membuat pelbagai partition khas.
- OS client dapat diakses pada komputer host pada bila2 masa. Jadi tak perlu reboot untuk masuk ke OS yang lagi satu.
- Dapat berkongsi fail dengan mudah antara sistem client dan juga host
- Untuk tujuan percubaan, contohnya aku ingin cuba gOS Rocket 2.0 pada entry yang lepas, jadi boleh guna perisian sebegini untuk tujuan mencuba OS tersebut.
- Dapat letak pelbagai OS pada komputer pada komputer host. Dalam bahasa inggerisnya "Put many operating system under one roof" hehe.
- Kurangkan kos, watpe nak pakai pc banyak2, install je semua dalam satu pc.
Berikut beberapa screenshots VirtualBox.



Ahad, Januari 20, 2008
gOS - Discover a good OS.

gOS mampu dilarikan pada komputer yang mempunyai spesifikasi yang rendah kerana ia menggunakan jumlah RAM yang rendah walaupun mempunyai rekabentuk antaramuka yang menarik. gOS UI (user interface) mempunyai Dock yang menyerupai Dock pada Mac OSX Leopard yang dikenali sebagai iBar dimana memaparkan ikon untuk aplikasi daripada Google seperti :
- Google Mail
- Google News
- Google Calendar
- Google Maps
- Google Docs
- Google Products
- Meebo
- YouTube
- Blogger
- Wikipedia
dan banyak lagi.
uTIPu .... i tak tipu la...
Dalam dunia komputeran ni sudah wujud nama uBUNTU, KuBUNTU hehe iaitu distro percuma Linux yang dibangunkan oleh Canonical Ltd... jangan buntu sudah, haha kali ni wujud plak uTIPU... jangan tipu2 keh3.
uTIPu ni merupakan satu perisian yang membolehkan korang merakam skrin komputer korang untuk tujuan tutorial, simpanan sendiri atau untuk diberikan kepada rakan korang. Mungkin ada diantara rakan korang yang meminta bantuan bagaimana untuk melakukan sesuatu perkara yang dia x paham, jadi korang boleh la guna program ini untuk merakam langkah-langkah yang sepatutnya diambil dan diberi kepada rakan korang tu. Untuk gamer2 biasanya dorang rakam skrin permainan mereka mengguna FRAPS, namun perisian tersebut hanya boleh dirakam semasa dalam permainan.
Berminat untuk mencuba sila lawat laman uTIPu : See What I'm Saying
Jumaat, Januari 11, 2008
Game percuma untuk pengguna nvidia.

Maklumat lanjut disini
Khamis, Disember 20, 2007
boring dgn interface windows.
Ada antara kita menggemari theme Mac OSX bukan?.. hehe kali ini seorang rakyat tempatan iaitu rakyat Malaysia telah mengeluarkan Mac OSX Leopard Transformation Pack yang dihasilkan oleh kampongboy92 seorang graphics designer.
Berikut adalah gambaran-gambaran interface Mac OSX Leopard Transformation Pack yang akan menukarkan interface Windows anda kepada Mac OSX Leopard.

Rabu, Disember 12, 2007
Windows Vista SP1 RC1 dan Windows XP SP3 RC1
Kepada sesiapa yang tidak berapa paham fungsi Service Pack boleh mendapatkan lebih maklumat melalui wikipedia ini
Ahad, Disember 09, 2007
authorPOINT Lite : Program menukar fail Powerpoint kepada fail flash


Khamis, Disember 06, 2007
Yahoo! Messenger for Vista Preview
Akhirnya, Yahoo! Messenger for Vista kini boleh dicuba oleh pengguna Windows Vista diluar sana. Tapi ini hanyalah gambaran awal terhadap YM for Vista final yang belum tahu lagi bila akan keluar. Apa kelebihannya Yahoo! Messenger khas untuk Windows Vista ini berbanding Yahoo! Messenger asal yang sedia ada?
Maka hati ini tertanya, terus aku menekan butang "Download Now", cara installnya masih sama seperti dulu, mudah seperti install program yang lain-lain juga. Aku terus menanti proses menginstalasi (hahah). Setelah selesai keluar la interface yang agak menarik, kena la ngan Windows Vista.
So apa yang barunya.. ok, mula2 adalah "Contact Scaling" dimana kita boleh adjust saiz gambar, avatar contact list kita. Contoh seperti gambar di bawah. Terdapat juga theme yang boleh dipilih tapi tu bkn penting pon, ikot selera sendiri je.Fungsi menarik lain adalah "Tabs" dimana semua tetingkap chat akan diletakkan dalam 1 tetingkap yang sama seperti gambar kat bawah ni, so xde la taskbar korang penuh or desktop korang banyak sngt bende yang dibuka.
Fungsi yang sangat aku suka adalah "Gadgets", iaitu gadget yang diletakkan di Windows Sidebar. Dimana kita boleh drag contact yang kita suka, dan dari situ kita boleh access dgn cepat sama ada untuk chat dgnnya, tau dia online dan offline. Untuk mengubah contact hanya drag n drop ke Gadget tersebut.Maka yang terakhir sekali apa yang aku nampak, emoticon nya ada yang baru n gambar nya gemok2 la plak hehhe...So pengguna Windows Vista yang turut menggunakan Yahoo! Messenger jika ingin mencuba sila la download disini.
Rabu, Disember 05, 2007
Perisian PERCUMA setiap hari.
Hmm.. ni bukan cubaan .. ni yang betul2. Melalui projek Giveaway of the Day, anda boleh mendapatkan perisian dan games percuma yang sepatutnya perlu dibayar lesennya. Namun perisian-perisian tersebut terhad pada sesuatu hari. Contohnya pada hari entry ini ditulis, laman web tersebut menawarkan perisian Folder Castle, iaitu satu perisian untuk mengelak folder diakses oleh individu yang tidak diingini.
Laman web tersebut boleh dilawat di:
http://www.giveawayoftheday.com/ utk games disini
Perisian percuma untuk hari ini adalah: