Jumaat, November 23, 2007

Hmm...org kata...

"ORANG KATA..
enjoy sementara muda,
hidup panjang lagi,
dah tua nanti tobatlah.
ATUK KATA..
orang muda hidup memang baru bermula,
tapi belum tentu masih panjang lagi,
entah esok lusa Izrail datang menjemput.
AKU RASA..
betul jugak tu..
ORANG KATA..
exams tu susah,
kena banyak sacrifice,
constant study..past year
papers..etc..etc..etc..
ATUK KATA..
exams tu senang aje,
dah ada tarikh untuk diuji,
dah ada syllabus untuk diikut,
kalau ajal.. entah bila siapapun tak tahu,
byk pula tu peringkat ujiannya,
Munkar Nankir, Neraca Mizan, tayangan slide..
AKU RASA..
betul jugak tu..
ORANG KATA..
have fun on your birthday,
panggil kekawan and sedara mara,
berpartylah sepanjang malam,
make it a memorable one!!
ATUK KATA..
setiap hari jadi,
kita semakin hampir,
hampir setahun dengan kematian,
setahun lagi diberi peluang utk beramal,
bertaubat..
AKU RASA..
betul jugak tu..
ORANG KATA..
kerja mesti sungguh-sungguh,
beli rumah besar, kereta mewah, makan lazat..
baru hati puas!
ATUK KATA..
ye ke hati dah puas??
dah cukup ibadah nak tempah kubur luas-luas?
dah siap kenderaan meluncur Siratul Mustaqim?
dah cukup zikir untuk santapan rohani?
dah cukup amal nak 'book' tempat Al-Firdaus?
AKU RASA..
betul jugak tu..
ORANG KATA..
successful people have a good time management,
ada bisnes di kl, new york, tokyo..
masih sempat berkempen utk pilihanraya,
masih sempat melepas lelah di disko dan karaoke,
masih sempat pasang perempuan 2-3,
baru orang boleh respect!
ATUK KATA..
setiap manusia dapat 24 jam dlm sehari,
tapi..
ada masa ke utk sujud di sejadah 5 kali sehari semalam?
ada masa ke nak selak Al-Quran sekali seminggu?
ada masa ke nak jenguk ibu ayah di kampung,
sekali dalam seminggu, atau sebulan, atau
setahun?
AKU RASA..
err..betul jugak tu..

source

Anak Melayu Islam Juara pertandingan sediakan arak!


Bartenders whip up a storm at contest Link : The Star

By JADE CHAN
Photos by RICKY LAI
The Star


Third placed: Erik whipping up his Belveryna and Eredevleb Framboise Tea Martini cocktails.


Test of skill and creativity: Adzhar straining his cocktail mixture before pouring it into a martini glass.


Delectable: Alvey sampling Adzhar’s Smooth while Iking looks on.
Tiga orang anak Melayu yang menyertai pertandingan Belvedere Bartender of the Year 2007 (Malaysia) anjuran Syarikat Malaysia Belvedere Vodka dilaporkan menguasai pertandingan ini.

ImageAcara ini melibatkan penyediaan Koktail bagi minuman arak jenis Belvedere Vodka dan setiap peserta dikehendaki menyediakan salah satu dari tiga jenis Belvedere Vodka iaitu Belvedere Pure, Belvedere Cytrus atau Belvedere Pomarancza.

Program yang diadakan Frangipani Bar, Bukit Bintang turut dimeriahkan oleh artis Melayu dari Sarawak iaitu Camelia.

Mohd Adzhar Ahmad, bartender dari Qba, The Westin Kuala Lumpur telah diistiharkan sebagai pemenang dan Rizal Junior Johari dari QBA juga telah memenangi tempat kedua Tempat ketiga pula jatuh kepada Mohd Erik Fiza Zulkifle dari The Loft Kuala Lumpur.

Ibnu Tarmizi dan Ibnu Majah pernah meriwayatkan:“Rasulullah s.a.w. melaknat tentang arak, sepuluh golongan: (1) yang memerasnya, (2) yang minta diperaskannya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya.” - mks.

Rabu, November 07, 2007

Apa Kata Survey...

Survey yg kene tagged oleh Hawa...dia paksa (T_T) shanmea.blogspot.com

1. Kau suka makan petai tak?
*suka*
2. Pandai duduk bersila tak?
*lebih dari pandai*
3. Ini survey Bahasa Malaysia yg keberapa kau jawab?
*pertama*
4. Kau mandi pakai sabun ke, pakai gelmandian?
*gel*
5. Clubbing tu haram ke?
*haram*
6. Baju apa kau pakai skrg?
*kemeja*
7. Mid Valley ke Times Square?
*Mid Valley*
8 . Pukul berapakah kau masuk tido smlm?
*3.30 pagi..*
9. Apakah berita yg plg kecoh berlaku skrg ni?
*hmmm ECER, perhimpunan BERSIH... tapi tu kecoh ke?*
10 . Pernah minum Ali Cafe? Untuk apa?
*penah*untukkk mmm
11 . Warna kegemaran kau?
*biru*
12. Cinta itu...
*buta*
13. Negeri manakah di Malaysia kautidak pernah kunjungi?
*sabah dan sarawak*
14. Pak Lah ke Dr. M?
*hmmm...dua2 x*
15. Di sekolah rendah, kau tergolong budak kategori apa?
*kategori budak sekolah rendah*
16. Kau rasa kau baik hati x?
*baik kot...tapi ade je x suka kat aku*
1 7. Kumpulan muzik paling kau minat?
*mmm...xde specific...bkn "kipas susah mati" mana2 kumpulan muzik*
18. Kau tgk Bersamamu x?
*tak..tp tau rancangan tu...*
19. Kalau kau tiba2 rasa nk mencaci,apakah perkataan kegemaran kau?
*sngt jarang mencaci...ececeh...so xde kot*
20. Namakan dua benda yg kau benci pasal KL.
*org pempuan gedik kat KL*org buang sampah*
21 . Pelakon lelaki tempatan kegemaran kau
*x minat ... tiada spesifik*
22. Pelakon wanita tempatan kegemaran kau pulak?
*sama gak*..
23. Maya Karin ke Nasha Aziz?
*dua-dua pon x*
24. Tempat kau selalu melepak (selain pusat membeli-belah) dgn rakan-rakan?
*x suka lepak....hahaha*
25. Adakah kau gembira ketika ini?
*boleh la*
26. Kenapa?
*sebab mmg rasa gembira*
2 7. Dimanakah kau dilahirkan?
*malaysia negara tercintan*
28. Apakah yg kau akan lakukan selepas ini?
*mana leh bgtau*
29. Apakah yg kau lakukan hari ini?
*prepare... prepare..n prepare*
30 . Apakah menu kau malam tadi??
*ohh semalam mkn...my mum's laksa, roti mcm pizza tu, n 3 sosej goreng sendiri balut ngan roti*
31. Suka menyanyi?
*Tak...sbb sore sumbang...kekadang nasib la sapa dengar hehe*
32. Rendang ayam ke rendang daging?
*Dua-dua sedap*
33. Bilakah kau hendak mendirikan rumah tangga?
*Berserah pada takdir...seeloknya cepat la hehe InsyaAllah*
34 . Kau rapat dgn ayah atau emak?
*dua-dua*
35. Survey ni seronok atau bosan?
*x bosan...tapi x best*

Jumaat, November 02, 2007

TaskManager, Regedit, Command Prompt Disabled?

Anda mesti penah terkena virus/trojan/malware apa-apa la seangkatan dengannya yang bukan sahaja mengganggu sistem komputer anda malah melakukan perubahan yang boleh dikira menyampah iaitu memadam fungsi task manager, regedit, command prompt dan kadang kala folder options.. kenapa malware/virus perlu buat begini. Ini adalah untuk mengelak daripada kita membetulkan keadaan dengan mudah dengan menggunakan Task Manager dan tool lain.

So disini aku nak kongsi cara bagaimana untuk "enable" atau adakan balik fungsi dan tool yang berkenaan setalah dipadamkan oleh virus durjana tadi.


Task Manager.

Terdapat dua langkah untuk enable balik task manager ni.. Ok langkah pertama adalah seperti berikut:

1. pergi ke "RUN" pada start menu dan type "gpedit.msc" ini untuk buka Group Policy Object
2. pergi "User Configuration" --> Administrative Template --> System
3. pergi "Ctrl + Alt + Delete" kemudian double klik --> pilih "Remove Task Manager"
4. tekan properties kemudian pilih disabled.

Maka Task Manager anda boleh digunakan semula. Maknanya Remove Task Manager telah disabled maksudnya Task Manager enabled....hehe saja wat korang pening.

haha paham ke x ni? aku tau ade je blur... so apa susah-susah...tekan je kat sini download file ni lepas tu run haha...

hmm kenapa aku citer langkah panjang-panjang sedangkan boleh guna cara mudah ni...hehe cuba fikir kegunaannya..kalau la xde file ni, n xde internet nk download.. korang bolehlah guna langkah panjang tadi ye ke x?


Command Prompt (cmd)

Ada gak virus durjana yang disabled command prompt. Kadang kala ade geng2 kita ni nak guna fungsi ni x dpt dh nak guna.. cane nak adakan balik?...lebih kurang sama mcm langkah untuk enable task manager tadi. Langkah seperti berikut :

1. pergi ke "RUN" pada start menu dan type "gpedit.msc" ini untuk buka Group Policy Object
2. pergi "User Configuration" --> Administrative Template --> System
3. pergi "Prevent Access to Command Prompt"
4. tekan properties kemudian pilih disabled.

hehe xde la susah sngt kan?

Regedit dan Folder Options

Untuk adakan balik regedit yang dipadam oleh malware, masih lebih kurang sama :

Run -> Taip gpedit.msc -> Pergi "User Configuration" -> Pergi "Administrative Templates" -> Pilih "System" -> Double klik "Prevent access to registry editing tools" -> tekan properties pilih "Disabled"

Manakala untuk Folder Options:

Run -> Taip gpedit.msc -> Pergi "User Configuration" -> Pergi "Administrative Templates" -> Pergi "Windows Components" -> Pilih "Windows Explorer" -> Double Klik "Removes the Folder Options menu item from the Tools menu" -> tekan properties pilih "Disabled"

...so kalau masih blur tu amik jela file nih... extract dari RAR lepas tu double klik je.

Download untuk Regedit / Download Untuk Folder Options


Remove Restrictions Tool

Kalau korang nak cara yang lebih mudah, hanya gunakan RRT (remove restrictions tool) yang dihasilkan oleh Sergiwa.com nih. Semua digabungkan dalam 1 program. Hanya download disini.

Info Tambahan

Selalunya setelah berjaya buang virus sebegini (cth: ravmon, rvhost, flash.1, jambanmu.com) selalunya meninggalkan startup iaitu error "cannot find rvhost.exe bla bla bla" lebih kurang la. Annoying gak la asyik keluar cani setiap kali buka komputer kan. So cara nak hilangkan bende ni.. adalah dengan bukak regedit cari HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows NT \CurrentVersion\Winlogon

sila amik perhatian kat Shell = Explorer.exe "rvhost.exe" tukar ia kembali kepada Shell = Explorer.exe

lagi satu gpedit.msc hanya boleh digunakan di Windows XP Professional sahaja, Windows XP Home guna je file tadi tu.