Sabtu, Jun 14, 2008

Fail docx dibuka pada Microsoft Office 2003 atau sebelumnya.

Salam,


Pernah tak korang mengalami situasi begini. Korang pengguna Microsoft Office 2007 dan mestilah bangga kerana menggunakan latest version. Namun apabila korang save word document contohnya dan cuba buka pada komputer yang menggunakan Microsoft Office 2003, korang dapati fail tersebut tidak dapat dibuka kerana telah save dalam format docx. Langkah berjaga korang mesti save as word 2003 iaitu format doc supaya dapat dibuka pada kebanyakkan komputer. Manakala jika korang pengguna Microsoft Office 2003 yang berpendapat bahawa 2003 pon dah ok, buat apa nak upgrade. Tetiba korang dapat attachment fail word dalam bentuk docx dan fail tersebut tidak dapat dibuka.

Jangan risau, kini Microsoft telah mengeluarkan
Microsoft Office Compatibility Pack for Word, Excel, and PowerPoint 2007 File Formats. Dengan pack tersebut pengguna Microsoft Office 2003/2000/XP boleh membuka fail berformat baru docx tanpa sebarang masalah lagi. Pack tersebut hanyalah sebesar 27MB yang bakal memudahkan pengguna Microsoft Office serata dunia.

Sabtu, Mei 10, 2008

Akhirnya Serrvice Pack 3 sudah dilancarkan di web.

Walaupun sepatutnya Microsoft melancarkan Windows XP Service Pack 3 pada April 29, 2008 untuk dimuat turun umum namun perkara tersebut hanya boleh dilakukan sekarang. Pada hari ini XP SP3 secara rasminya dilancarkan secara RTW (Release to Web). Dengan kata lain SP3 boleh dimuat turun melalu Windows Update dan juga Microsoft Download Center. Versi final SP3 (5512) ini dikatakan mengandungi 1,073 fixes ynng telah dikesan sejak Windows XP SP2 dilancarkan pada Ogos 2004.XP SP2 hit Microsoft's servers back in August 2004.

Berikut muat turun Service Pack 3 dalam pelbagai bentuk iaitu Network Installation Package untuk installer yang lebih kecil, XP SP3 - ISO Image adalah imej iso untuk diburn kepada CD malah lebih senang untuk update melalui Windows Update sekiranya anda mengemaskini Windows anda seorang sahaja ;) :

Download: Network Installation Package XP SP3 - ISO CD Image XP SP3 Checked Build Windows Update

Isnin, Mei 05, 2008

BitDefender percuma untuk 6 bulan.

Seperti Avira, BitDefender turut menjejak langkah menawarkan promosi antivirus mereka iaitu 6 bulan percuma untuk produk antivirus mereka seperti :



  • BitDefender antivirus 2008

  • Intrenet security 2008

  • BitDefender Total Security 2008

Promosi BitDefender ini dapat diakses di sini

Dapatkan Avira AntiVir PersonalEdition Premium secara percuma.

Avira kini menawarkan promosi perisian premium mereka Avira AntiVir PersonalEdition Premium, yang membenarkan anda menggunakan perisian tersebut secara percuma selama 6 bulan. Untuk pengetahuan anda, Avira juga turut menawarkan Avira AntiVir PersonalEdition Classic yang merupakan perisian antivirus percuma daripada Avira.
Perbezaan ketara yang ada pada versi premium adalah :
  • WebGuard untuk muat turut yang selamat.

  • Perlindungan terhadap Adware & Spyware

  • Perlindungan khas terhadap virus email (POP3 dan SMTP)
Tekan sini untuk mendapatkan promosi daripada Avira ini.

Sabtu, April 26, 2008

Menggabungkan SP3 ke dalam CD Windows XP

Seperti yang diketahui, Microsoft sudah melancarkan Service Pack 3 RTM (final) pada 22 April lalu. Kali ini aku ingin kongsi bagaimana untuk meletakkan SP3 ke dalam CD Windows XP yang lebih dikenali sebagai Slipstream. Tujuan ini dilakukan ialah apabila Windows dipasang ia telah siap sedia dengan Service Pack 3, maknanya setelah ianya siap dipasang (install) secara virtualnya tiada sebarang Update perlu dipasang kerana SP3 telah mengandungi semua update dan hotfix yang sebelumnya.

Bagaimana ini dilakukan?.. Mudah sahaja :

1. Masukkan CD Windows XP korang.

2. Muat turun Service Pack 3 daripada Microsoft.
3. Muat turun dan pasang program nLite.

4. Tekan Next sehingga korang sampai kat Locating the Windows installation page, tekan Browse and select the cd-rom drive di mana CD Windows XP korang berada :

5. Seterusnya, nLite akan tanya korang dimana untuk simpan fail CD tersebut untuk pengubahsuaian, click OK.

6. Sekarang korang perlu buat folder dimana fail Windows dari CD akan disalin dan pengubahsuaian akan dilakukan. Tekan Make New Folder pada sebarang lokasi, dan beri sebarang nama.

7. nLite akan salin (copy) semua fail daripada CD Windows XP ke folder yang telah korang buat sebelumnya. Setelah selesai, tekan Next.

8. Seterusnya tekan Next sehingga korang sampai pada Task Selection, pilih Service Pack dan Bootable ISO (ini untuk membuat image windows yang baru setelah digabungkan dengan SP3) kemudian tekan Next.

9. Tekan Select dan dan pegi dimana korang letak fail service pack 3 yang telah korang download tu iaitu dalam langkah 2 di atas.

10. Kemudian, nLite akan memulakan proses menggabungkan Service Pack 3 pada Windows XP korang tadi. Setelah selesai, klik OK dan tekan Next.

11. Akhir sekali, kita perlu buat image Windows baru yang telah diggabungkan tadi untuk burn ke dalam CD. Pada Mode, pilih Create Image kemudian tekan Make ISO . Korang juga boleh terus Burn ke dalam CD tanpa buat ISO Image baru, pilih Mode Direct Burn dan klik Burn seperti gambar dibawah. Jadi korang x perlu program lain untuk burn image tersebut.

Setelah selesai, akhirnya korang dah ade CD Windows XP yang telah dikemaskini dengan Service Pack 3. Bila korang install Windows baru ataupun format komputer korang, secara automatik Service Pack 3 dipasang sekali ;)

Jumaat, April 25, 2008

AVG Free Antivirus kini versi 8

Program antivirus daripada Grisoft kini telah mengemaskini antivirus AVG percuma untuk pengguna bukan komersil mereka kepada versi 8. Program yang popular di download.com yang sering berada pada carta no 1 telah mengalami beberapa perubahan terutama pada antaramukanya. Versi terbaru ini juga dilengkapi dengan Antispyware dan juga fungsi Linkscanner yang memberi tahu tahap keselamatan ke atas pautan di laman web.

Namun begitu terdapat kekurangan versi percuma ini antaranya kekurangan Anti-Rootkit, Safe Download, Safe Instant Messaging dan juga Safe Surf. Fungsi yang terdapat AVG Free Edition hanyalah Safe Search yang telah dibincangkan sebelumnya.

AVG Free 8 kini dilengkapi dengan Safe Search, jika pautan selamat
terdapat tanda tick hijau.

Maklumat lanjut di AVG-Free

Khamis, April 24, 2008

Shutdown Day

Pada dunia digital ini, kebanyakkan antara kita bergantung kepada komputer. Malah komputer dan teknologi mengubah cara hidup kebanyakkan antara kita. Tidak dinafikan komputer banyak membantu dalam pelbagai aspek dalam kehidupan manusia, banyak transaksi dapat dilakukan dengan menggunakan komputer secara online seperti perbankan elektronik, e-komers dan lain-lain lagi.

Namun setiap kemudahan biasanya mempunyai kesan buruknya. Penggunaan komputer dunia terutama dalam data center menyumbang kepada penggunaan tenaga elektrik yang tinggi. Kebanyakkan syarikat seperti AMD dan Intel sentiasa berusaha dalam mengurangkan penggunaan tenaga elektrik (power consumption) pada produk mereka. AMD contohnya pada produk terbaru mereka Opteron Quad Core mengetengahkan teknologi yang dapat mengawal frekuensi setiap teras (core) bagi mengurangkan penggunaan tenaga. Korsotium The Green Grid yang dianggotai pelbagai syarikat teknologi perkomputeran turut menyumbangkan pandangan dan idea bersamaa bagi mengurangkan penggunaan tenaga elektrik.

Oleh sebab itu terdapat satu program yang dikenali sebagai Shutdown Day yang akan dianjurkan pada 3 mei ini selama 24 jam. Shutdown Day adalah inisiatif untuk mengurangkan penggunaan tenaga elektrik dunia sempena hari bumi. Jadi persoalannya dapatkah kita tidak menggunakan komputer selama 24 jam pada 3 Mei ini. Seperti saya yang sentiasa menggunakan komputer di pejabat malah di rumah untuk tujuan bersantai seperti melayari internet, bermain permainan komputer mampukah saya tidak menggunakan komputer bagi satu hari iaitu pada 3 Mei ini?. Jawapannya mestilah tidak :) kerana saya masih memerlukan komputer untuk menyiapkan tugasan kerja ketika di pejabat. Namun jika anda rasa anda mampu melakukannya teruskan niat anda dan terus berdaftar dengan Shutdown Day dan menekan I Can!

Rabu, April 23, 2008

Microsoft lancar Windows XP Service Pack 3

Semalam Microsoft melalui Chris Keroack Release Manager, telah melancarkan Windows XP Service Pack 3 dan buat masa ini SP3 hanya dilancarkan kepada pembangun sistem seperti Dell dan OEM lain iaitu dikenali sebagai RTM (released to manufacturing ). Namun begitu Windows SP3 dapat dimuat turun melalui Windows Update dan juga Download Center mulai 29hb April ini. Secara alternatifnya korang boleh download di sini. Berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh Chris Keroack :

Today we are happy to announce that Windows XP Service Pack 3 (SP3) has released
to manufacturing (RTM). Windows XP SP3 bits are now working their way through
our manufacturing channels to be available to OEM and Enterprise customers.

We are also in the final stages of preparing for release to the web (i.e. you!) on April 29th, via Windows Update and the Microsoft Download Center. Online documentation for Windows XP SP3, such as Microsoft Knowledge Base articles and the Microsoft TechNet Windows XP TechCenter, will be updated then. For customers who use Windows XP at home, Windows XP SP3 Automatic Update distribution for users at home will begin in early summer.

Thanks to everyone here who installed the public betas – you not only gave us detailed feedback but also helped each other out with timely troubleshooting. Through the beta program we found several important issues and were able to confirm some essential fixes. We couldn’t have done this without you.

We will still be monitoring this forum during the next few weeks in case you have more feedback about the release of Windows XP SP3.

On behalf of myself, Shashank Bansal and Windows Serviceability, many thanks.


Chris Keroack, Release Manager

Khamis, Mac 27, 2008

Install ubuntu dalam Windows dengan Ubuntu 8.04

Terdapat beberapa sebab kenapa ramai yang tidak mahu mencuba Linux. Antara alasan yang biasa adalah mereka tidak mahu buang sistem Windows yang sudah biasa diguna dan ditukar kepada yang terlalu baru bagi mereka. Walaupun terdapat cara untuk masuk kepada Linux (boot) tanpa perlu uninstall Windows, tetapi ramai diantara pengguna tidak mahu atau mempunyai masa untuk belajar bagaimana caranya.

Namun dengan adanya Ubuntu 8.04 "Hardy Heron" masalah ini boleh diselesaikan kerana korang boleh install Ubuntu dalam Windows itu sendiri serta boleh uninstall semula Ubuntu melalui Add/Remove Programs yang sering diguna oleh pengguna-pengguna Windows. Sesuatu yang menyenangkan ialah kita tidak perlu runsing atau memikirkan untuk membuat partition lain untuk Ubuntu kerana kita hanya install Ubuntu seperti kita install program-program Windows yang lain seperti biasa.

Pada entri ini ditulis Ubuntu 8.04 masih dalam peringkat Beta dan 28 hari lagi Ubuntu 8.04 final akan dilancarkan.

Gambaran di atas menunjukkan terdapat opsyen untuk install dalam Windows. Setelah opsyen tersebut dipilih menu installer Wubi akan dipaparkan seperti dibawah.

Untuk masuk kepada Ubuntu Linux, hanya pilih Ubuntu pada menu Windows seperti berikut :

Selasa, Mac 18, 2008

KABINET BARU 2008

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi:

- Perdana Menteri
- Menteri Kewangan
- (TS Nor Yakcop - Menteri Kewangan Kedua)

Datuk Seri Najib Tun Razak:
- Timbalan Perdana Menteri
- Menteri Pertahanan

JPM (Menteri)
- TS Bernard Dompok
- Datuk Seri Nazri Aziz
- D Dr Ahmad Zahid Hamidi
- Datuk Zaid Ibrahim (Kelantan) - Menstrukturkan Institusi Perundangan
- Datuk Amirsham Abdul Aziz (Senator / CEO Maybank) Mengetuai EPU

KDN (disatukan)
- Datuk Seri Syed Hamid Jaafar Albar

Kem Perdagangan Antarabangsa (MITI)
- TS Muhyiddin Yassin

Kem Pelajaran
- DS Hishamuddin Hussein

Kem Luar
- DS Dr Rais Yatim

Kem Perusahaan Komoditi
- TS Peter Chin

Kem (Kekkwa - disatukan)
- Datuk Shafie Afdal

Kem Pengajian Tinggi
- DS Khaled Nordin

Kem Pertanian
- D Mustapa Mohamed

Kem Sains
- Datuk Maximus Ongkili

Kem Pelancongan
- DS Azalina Othman Said

Kem WP
- DS Zulhasnan Rafie

Kem Sumber Asli dan Alam Sekitar
- Datuk Douglas Unggas

Kem Pengangkutan
- Datuk Ong Tee Kiat

Kem Pembangunan Wanita
- Datuk Dr Ng Yen Yen

Kem Perpaduan Usahawan
- Datuk Noh Omar

Kem Kerjaraya
- Datuk Zain Mohamed

Kem Tenaga Air Komunikasi
- Datuk Shahziman Abu Mansor

Kem Kesihatan
- Datuk Leo Tiong Lai

Kem Penerangan
- Datuk Ahmad Sabery Chik

Kem Sumber Manusia
- Datuk S Subramaniam (MIC)

Kem Perdagangan Dalam Negeri
- Datuk Shahrir Abdul Samad

Kem Kemajuan Luar Bandar
- Senator TS Muhamad Mohd Taib

Kem Perumahan dan Kerajaan Tempatan
- Datuk Ong Ka Chuan

Kem Belia dan Sukan
- Datuk Ismail Sabri Yaakob

(Menteri yang tiada dalam Kabinet kali ini - Datuk Seri Rafidah Azid, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad, Datuk Azmi Khalid dan Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis)

Separuh daripada Kabinet adalah muka baru. Tiada perlantikan Setiausaha Parlimen. Jumlahnya daripada 90 orang dikurangkan kepada 68 orang.

Ahad, Mac 16, 2008

Tag : 5 laman web yg sering dilawati

Tag oleh : Truckster

Laman web yang sering aku lawati :

1) Gmail
- Ni la primary email aku, kenapa aku suka gmail? sbb ia mudah, pantas dibuka, mempunyai ciri-ciri pengawalan spam yg tinggi. Mempunyai function chat, so boleh guna utk chat..hehe

2) Cimbclicks dan Maybank2u
- Haha nama pon e-banking, tentulah digunakan utk mengurus kewangan aku. Terutamanya dalam pembayaran bil, pembelian barang atas talian dan yang terpenting sekali check gaji dah masuk ke x.

3) Tomshardware, Anandtech, theinquirer.net
- Aku ni hantu gadget, suka amik tau gadget terbaru dan juga perkakasan terbaru dunia komputer yg terkini. Amik tau je bkn nak beli pon kwang2...

4)Utusan malaysia, Harakahdaily.net & tranungkite
- Aku tetap membaca utusan malaysia, terutama untuk mengetahui isu-isu semasa terkini, tetapi propaganda kerajaan akan aku tapis sebijak2nya melalui pembacaan berita alternatif seperti harakah.

5)Friendster
- Akhir sekali, aku bukak friendster terutama bukak profile seseorang yg start dengan huruf T hehe...tapi friendster ni xde la selalu aku bukak.

Ahad, Mac 09, 2008

Tahniah Barisan Rakyat.


Alhamdulillah akhirnya 5 negeri jatuh kepada BR. Sekarang buktikan kepada rakyat supaya Pahang, Terengganu, Johor, Melaka dan NS turut jatuh pada PRU13 akan dtg. Percaturan PKR sebagai org tengah menyatukan PAS dan DAP berjaya kali ini. Orang melayu sudah berani mengundi DAP, org bukan Islam sudah berani mengundi PAS demi Malaysia yang baru...Tahniah Rakyat Malaysia.

Antara komen rakan forumer putera.com

"Alhamdulillah. Tiada lagi kuasa veto. Tiada lagi 90% dominasi BN di Parlimen. Absolute power corrupts absolutely. Di sini penegasannya, bukannya membenci kerajaan. Jika rakyat yang membantah tapi dianggap sebagai penjenayah maka akan hilanglah keadilan dan subur mekarlah penyelewengan. Yang membangkang itu bukannya membenci tapi berkongsi rasa kasih kepada tanahair sendiri. That is the ideas of Constitution." - belasungkawa

Alhamdullilah.. keputusan yg membanggakan... harap kerajaan BN & BA dpt berkerjasama dlm memajukan negara dan kebajikan rakyat.. hapuskan/kurangkan kadar tol, petrol, etc... check n balance lebih kuat
-spoket

Sabtu, Februari 23, 2008

adhoc wireless internet sharing - part 2 windows xp

Sambungan daripada entry sebelumnya. Untuk pengguna Windows XP, korang boleh ikut langkah-langkah untuk membuat adhoc wireless network yang telah disediakan oleh Microsoft ini:

Setup a wireless network without a router.

Kemudian, untuk membuat internet connection sharing (ICS). Lakukan langkah berikut :

1.

Buka Network Connections melalui : (Start --> Control Panel, tekan Switch to classic view, dan tekan Network Connections.

2.

Pilih dan klik network yang mempunyai internet yang ingin dikongsi dan pada Network Tasks, klik Change settings of this connection.

3.

Pada tab Advanced, pilih dan tanda check box Allow other network users to connect through this computer's Internet connection.





adhoc wireless internet sharing - part 1 windows vista

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,

Hmm agak lama juga, blog aku ni bersarang tidak ada update baru. Okay kali ni aku nak berkongsi satu info bagi senario berikut. Pernah x korang ingin share internet kepada ahli keluarga atau rakan-rakan namun tidak mempunyai router?, ini bermakna internet korang tu datangnya daripada modem usb atau modem yang lain yg tidak boleh digunakan lebih daripada 1 pengguna. Biasanya, apa yang sering dilakukan ialah menggunakan "crossover cable" dan membuat ICS (Internet connection sharing) dan dapat la internet itu dikongsi bersama. Namun kita hanya mampu kongsi pada tambahan 1 user je. Korang mempunyai laptop yang mempunyai wireless LAN? bagaimana untuk kongsi internet secara wireless dan lebih daripada 1 user. Caranya adalah dengan membuat adhoc wireless connection dan ICS. Seperti lakaran dibawah.


Untuk artikel kali ini aku kongsi bagaimana untuk membuat adhoc wireless (computer to computer) iaitu menggantikan wireless router untuk Windows Vista terlebih dahulu, pengguna Windows XP akan update kemudian hari :) ini adalah kerana cara untuk menyediakan adhoc connection kini lebih mudah dilakukan dengan menggunakan Windows Vista.

Langkah-langkah untuk Windows Vista :

1) Control Panel --> Network and Sharing Center
2) Klik Manage wireless networks

3) Tekan Add untuk tambah wireless baru.

4) Kemudian, pilih Create an ad hoc network dan klik Next

5)Kemudian, masukkan sebarang nama untuk Network name, dan masukkan Security key. Security type korang boleh pilih WEP sekiranya wireless adapter korang tidak menyokong WPA.

6) Tekan Turn On Internet Sharing untuk kongsi line internet korang secara wireless dengan rakan-rakan.

Setelah korang membuat langkah-langkah tadi, rakan atau family korang tu boleh la akses network adhoc ni melalui nama dan security key yang telah korang masukkan lagi. Jadi boleh rakan korang tu turut dapat menikmati internet yang telah dikongsi. Namun kekurangan cara ini ialah, komputer yang korang setting untuk adhoc network ini harus dibuka dan apabila ditutup adhoc connection itu sama sekali hilang. Oleh itu, penggunaan router lebih berkesan untuk kongsi internet namun cara adhoc ini boleh digunakan sekiranya modem yang digunakan adalah modem USB seperti modem 3G atau iZZi yang telah ada dipasaran.

Isnin, Februari 11, 2008

Bagaimana menyelamatkan Windows yg bermasalah.

Kebanyakkan antara pengguna Windows XP apabila terjadinya sesuatu masalah yang kritikal pada sistem operasi Windows iaitu seperti BSOD (Blue Screen of Death) yang kerap mereka akan mengambil keputusan untuk format atau install semula Windows.

BSOD berlaku sekiranya terdapat "device drivers" yang tidak sesuai dengan perkakasan, memory yang rosak, registry yang bermasalah ataupun Dynamic-link library (DLL) yang tidak sesuai.

Sebenarnya sekiranya BSOD berlaku dengan kerap, korang tidak perlu mengambil keputusan untuk install semula atau format terus komputer tersebut. Terdapat langkah yang dapat mengembalikan sistem operasi Windows kepada keadaan asal yang berfungsi secara baik dengan melalukan beberapa langkah mudah dalam cubaan menyelamatkan Windows daripada mengambil langkah format.

Korang hanya memerlukan :
1) Windows XP CD
2) Kesabaran ... hehe

Jadi apabila korang menghadapi masalah BSOD yang kerap dan kemudian tidak dapat memasuki Windows, langkah-langkah berikut mungkin berjaya iaitu dengan menggunakan Disk Checkup (CHKDSK) :

  1. Restart komputer
  2. Boot daripada CD Windows XP
  3. Tekan R untuk membuka Windows XP Recovery Console
  4. Taip CHKDSK /R dan enter (disini kesabaran korang diperlukan hehe, tunggu sehingga habis)
  5. Taip BOOTCFG untuk memperbetulkan segala masalah dalam fail boot.ini
  6. Restart komputer korang sekali lagi tetapi tekan kekunci F8 semasa proses "booting"
  7. Pilih “Last Known Good Configuration” dan tekan enter.
InsyaAllah, sistem operasi Windows korang akan berjalan baik seperti sediakala. Kalau x boleh juga, maknanya langkah untuk install semula Windows pula diambil.

Selasa, Februari 05, 2008

Compare Suite

Selamat sejahtera semua, kini dah masuk bulan februari untuk tahun 2008 ni. Kali ini aku nak kongsi satu perisian yang boleh membezakan antara dua kembar, so dapat membantu korang dalam proses pengecaman... Haha xde la aku mengarut je. Sebenarnya situasinya lebih kurang sama, perisian yang ingin aku kongsi ini digunakan utk mengenal pasti perbezaan antara 2 files yang identical files name dia, untuk memastikan bahawa file tersebut benar-benar berbeza. Kadang kala kita mempunyai fail yang sama tetapi pada partition yang lain. Semasa proses untuk mengurangkan penggunaan ruang pada hard disk korang (When it’s time to clear up some space on your hard drive hehe..) ia agak menyusahkan untuk mengenalpasti adakah fail yang mempunyai nama yang sama itu betul2 sama ataupun lain.

Compare Suite merupakan "file compare utility" yang membenarkan korang mencari perbezaan diantara dua files atau folders, perisian ini turut ada opsyen (hehe) untuk sync files atau folders tersebut, jikalau itu yang korang mahu. Selain daripada itu, keistimewaan perisian ini sebenarnya adalah ianya mampu untuk membezakan text files, dokumen Microsoft Word, fail Excel, fail PDF, fail HTML, fail zip, dan juga fail binary. Jadi korang boleh membezakan fail teks tersebut antara characters, words, atau keywords.

Namun begitu perisian ini tidak percuma, tetapi korang boleh muat turun untuk cuba selama 30 hari.

Sabtu, Januari 26, 2008

Bypass ALL Internet Blocking System

Hehe, dengar tajuk entry ni pon mcm lain je kan. Aku tau ramai je diluar sana mesti mengalami situasi yang sama iaitu internet di pejabat, sekolah, lab universiti mesti ade yang sekat capaian kepada sesetengah laman web.

Biasanya laman web yang korang nak akses tapi disekat adalah laman web sosial seperti friendster, myspace, facebook, dan orkut betul tak? dan ada sesetengah nak akses meebo, imo.im, webmessenger hehe macam aku.

Jadi aku nak kongsi ngan korang satu perisian yang mampu melepasi sistem firewall (filters) untuk mengakses laman-laman web kegemaran korang tu. Perkenalkan perisian UltraSurf 8.5

Tapi bila korang guna ni, jangan la kecoh2 ngan kawan2 opis, sekolah korang... haha kantoi aku x tau. shhhhhh!

Jumaat, Januari 25, 2008

Reflection Maker

Imej kotak yang korang lihat diatas kesan "reflection" tidak dilakukan dengan mengedit gambar menggunakan perisian khas seperti Adobe Photoshop atau lain-lain perisian malah hanya menggunakan satu website yang dikenali sebagai ReflectionMaker.com

Reflection Maker merupakan online service yang mampu membuat gambar yang diupload mempunyai reflection dibawahnya secara on the fly. Korang boleh juga meletakkan URL imej yang ingin dibuat efek reflection. Setelah itu korang boleh la download file imej yang telah telah dibuat oleh reflection maker untuk kegunaan sendiri.

Jadi lepas ni korang tak payah la susah-susah ikot step tutorial photoshop untuk melakukan reflection seperti ini.

Nak delete file tapi x bleh...bagaimana?

Pernah x korang nak delete file tapi mcm xleh kerana Windows mengatakan bahawa file tersebut tengah digunakan oleh suatu program.

Ala...biasanya kuar mesej camni..


Kekadang boleh je buang setelah program tersebut dipadamkan, namun kekadang x bleh pon. Jadi bagaimana sekiranya perkara seperti itu terjadi?

Langkah mudah, hanya gunakan program yang dikenali sebagai Unlocker. Program ini ditawarkan secara percuma untuk pengguna Windows 20000/XP/Vista yang mampu untuk "unlock" sebarang folder atau files yang korang nak delete tu. Program ini hanya sebesar 192KB.

Khamis, Januari 24, 2008

Steganography : Bagaimana menyorokkan fail rahsia ke dalam fail imej

Dulu masa study kat ftsm, ukm adalah satu subjek ni ajar tentang steganography yg dikelolakan oleh Dr Sha hehe rindu plak waktu dalam kelas. Kalau dari wikipedia steganography bermaksud :

"Steganography is the art and science of writing hidden messages in such a way that no one apart from the sender and intended recipient even realizes there is a hidden message. "

Waktu Dr Sha ni adela tunjuk macam-macam cara stega ni. Salah satu yang menarik adalah menyorok file peribadi/penting/apa-apa la istilah iaitu file yang kita hendak nyorokkan daripada pengetahuan org atau diakses org dan dinyorokkan pada file gambar jpg biasa.

Jadi kali ni aku nak kongsi langkah-langkah bagaimana untuk nyorokkan fail rahsia ke dalam fail gambar.

Ok, langkah pertama dapatkan fail rahsia korang dan juga sebarang fail gambar jpg. Dalam tutorial ini aku menggunakan contoh gambar klcc.jpg dan juga fail yang ingin disorokkan secret.txt

Langkah 1 :

Masukkan file rahsia korang dan fail jpg tu pada satu folder. Mcm dalam kes ni aku guna folder rahsia dan letakkan pada root directory C: jadi folder tu sepatutnya C:\RAHSIA

Langkah 2 :

Untuk langkah 2, korang perlukan perisian WinRAR. Kemudian add fail rahsia korang pada "new RAR archieve (dalam contoh ini secret.txt.rar)

Jadi sepatutnya, korang dah ade 3 fail pada folder C:\rahsia

Langkah 3 :

Pergi command prompt, mcm mana?... senang je (start menu -> run -> type "cmd") takpon pada (accessories -> command prompt).

Langkah 4 :

Tukar kepada C:\RAHSIA dengan menggunakan command "CD" iaitu change directory seperti gambar dibawah.

Langkah 5 :
Sekarang taip copy /b klcc.jpg + secret.txt.rar klcc_hid.jpg dimana klcc.jpg adalah fail gambar asal, secret.txt.rar adalah fail yang akan dinyorokkan, dan klcc_hid.jpg adalah fail yang mengandungi keduanya.

Maka sekarang korang berjaya menyorokkan fail secret.txt.rar iaitu fail secret.txt yang telah di'rar'kan pada fail gambar klcc_hid.jpg. Kalau korang bukak fail klcc_hid.jpg tiada apa yang mencurigakan seperti dibawah.

Jadi bagaimana untuk mendapatkan balik fail secret.txt dari gambar ini?. Mudah je hanya tukarkan fail klcc_hid.jpg kepada klcc_hid.rar dan extract fail secret.txt tersebut. Untuk memudahkan kerja rename extension korang untick "Hide extensions for known file types" tujuannya supaya korang dpt tukar extension fail tersebut dengan mudah.


Kalau korang rasa susah sangat nak ikut bende ni, just guna je program Hide in Picture ni... atau mp3stego ni untuk menyorokkan fail ke dalam fail mp3.

*Update

ada sesetengah org mengatakan x berjaya buat trick ni.
so rasa elok tgh tutorial org ni lebih kurang gak. tapi compression tool dia guna 7-zip.

Isnin, Januari 21, 2008

Proton SAGA Red Concept

Foto oleh paultan.org

Fuyooohh...cantikkan? Tapi kalau grill silver tu letak warna hitam mesti lagi cantik, mcm VW Golf sket..Photo dan maklumat lanjut boleh check paultan.org

Virtualization...VirtualBox

Virtualization....apa tu? kalau virtual maknanya sesuatu yang maya. Virtualization yang ingin aku bincangkan kali ini adalah satu langkah atau cara untuk melarikan satu lagi OS pada komputer yang sedia ada. Sebagai contoh korang dah sedia ada bukak Windows XP misalnya, dan ingin membuka Linux (client) dalam Windows XP (host) tersebut. Ini dapat dilakukan dengan perisian virtualization yang sedia ada di pasaran.

Secara amnya terdapat tiga perisian sebegini yang diketahui. Diantaranya Virtual PC yang telah dimilikki sepenuhnya oleh Microsoft, VMWare dan terkini VirtualBox. Mungkin ada antara korang yang sememangnya sudah tahu kewujudan perisian sebegini dan fungsinya. Apa kelebihan menggunakan perisian sebegini? Kelebihannya :

  1. Korang tak perlu pening2 untuk membuat pelbagai partition khas.
  2. OS client dapat diakses pada komputer host pada bila2 masa. Jadi tak perlu reboot untuk masuk ke OS yang lagi satu.
  3. Dapat berkongsi fail dengan mudah antara sistem client dan juga host
  4. Untuk tujuan percubaan, contohnya aku ingin cuba gOS Rocket 2.0 pada entry yang lepas, jadi boleh guna perisian sebegini untuk tujuan mencuba OS tersebut.
  5. Dapat letak pelbagai OS pada komputer pada komputer host. Dalam bahasa inggerisnya "Put many operating system under one roof" hehe.
  6. Kurangkan kos, watpe nak pakai pc banyak2, install je semua dalam satu pc.
Okay skrang ni, antara Virtual PC , VMWare dan VirtualBox mana yang aku pilih?... Pada pendapat aku VirtualBox yang terbaik buat masa ini, freeware dan function tidak kurang hebatnya seperti VMWare. VirtualPC freeware tetapi kurang function. Kesimpulannya VirtualBox adalah "free alternative to VMWare".

Berikut beberapa screenshots VirtualBox.



Ahad, Januari 20, 2008

gOS - Discover a good OS.

Korang teruja tak tengok interface desktop OS ni?. Simple, Clean & Nice Design. Ni interface operating system yang dikenali sebagai gOS. Apa maksud gOS tu?..mungkin Google Operating System mungkin gak Good Operating System hehe ada yang mengatakan Green OS, mana2 la asalkan org2 itu bahagia. gOS ini sebenarnya berasaskan ubuntu linux yang dilengkapi dengan Web Software yang kebanyakkannya adalah produk daripada Google serta OpenOffice dan freeware yang lain. Jika korang tidak yakin untuk memasang pada komputer korang, hanya larikan Live CD atau pasang pada Virtual PC , VMWare ataupun VirtualBox. Apa bende ni? Nanti akan aku sentuh pada post yang akan datang.

gOS mampu dilarikan pada komputer yang mempunyai spesifikasi yang rendah kerana ia menggunakan jumlah RAM yang rendah walaupun mempunyai rekabentuk antaramuka yang menarik. gOS UI (user interface) mempunyai Dock yang menyerupai Dock pada Mac OSX Leopard yang dikenali sebagai iBar dimana memaparkan ikon untuk aplikasi daripada Google seperti :
  • Google Mail
  • Google News
  • Google Calendar
  • Google Maps
  • Google Docs
  • Google Products
  • Meebo
  • YouTube
  • Blogger
  • FaceBook
  • Wikipedia

dan banyak lagi.

Screenshots

Sebelum korang download gOS ni apa kata lihat dulu video demo gOS ni...

uTIPu .... i tak tipu la...


Dalam dunia komputeran ni sudah wujud nama uBUNTU, KuBUNTU hehe iaitu distro percuma Linux yang dibangunkan oleh Canonical Ltd... jangan buntu sudah, haha kali ni wujud plak uTIPU... jangan tipu2 keh3.

uTIPu ni merupakan satu perisian yang membolehkan korang merakam skrin komputer korang untuk tujuan tutorial, simpanan sendiri atau untuk diberikan kepada rakan korang. Mungkin ada diantara rakan korang yang meminta bantuan bagaimana untuk melakukan sesuatu perkara yang dia x paham, jadi korang boleh la guna program ini untuk merakam langkah-langkah yang sepatutnya diambil dan diberi kepada rakan korang tu. Untuk gamer2 biasanya dorang rakam skrin permainan mereka mengguna FRAPS, namun perisian tersebut hanya boleh dirakam semasa dalam permainan.

Berminat untuk mencuba sila lawat laman uTIPu : See What I'm Saying

Sabtu, Januari 19, 2008

Apple MacBook Air

Apple kini telah melancarkan laptop terkini mereka yang dikenali sebagai MacBook Air. Apa yang menarik adalah rekabentuk yang nipis dan paling nipis di dunia. Tah2 lagi nipis dari henpon motorola L72 aku yang tak seberapa tu hehe. So peminat Mac sila lah tgk web Apple ni untuk maklumat lebih lanjut.

Laptop ni hanya lah setebal (0.4-1.94 cm) dan hanya seberat 1.36kg. Menggunakan Intel Core 2 Duo 1.6Ghz, 2GB RAM, 80 GB PATA Hard disk atau 60GB Solid State Hard disk (optional ) yang tentu lagi mahal dan skrin selebar 13.3 inci. Baterinya dikatakan tahan selama 5 jam! mak oi ..hehe..


Harga untuk Apple MacBook Air ini adalah pada dollar amerika $1799 so paham2 la ...mahal tu!