Sabtu, Disember 22, 2007

dual sim phone

Sekiranya ada antara anda yang telah mendapatkan Happy prepaid atau mahu mendapatkannya dan mula berfikir sejenak, susahnya asyik nak tukar-tukar sim card ataupun ingin mendapatkan telefon bimbit kedua untuk Happy prepaid. Nanti dulu!, kini terdapat telefon bimbit daripada Samsung yang mempunyai dua slot sim card.

Kini dengan Samsung SGH-D880 Dual Active Sim anda mampu memasang dua sim card secara aktif. Ini bermaksud anda boleh menerima panggilan dari dua-dua sim card pada satu-satu masa serta boleh tidak aktifkan mana-mana sim card yang anda kehendaki. Anda juga turut boleh membuat panggilan daripada mana-mana sim card. Fitur (hehe) yang terdapat pada telefon bimbit ini adalah seperti 3 megapixels camera, skrin 2.3"QVGA, FM Radio dan juga music player yang menyokong MP3, AAC etc.

Tiada ulasan: