Isnin, Oktober 01, 2007

Upin & Ipin Review


Hmm, aku jarang tgk tv so tak tau sngat pasal animasi Upin & Ipin ni. Terima Kasih kepada T sbb bagi youtube link td. So far animasi ni best mengisahkan adik beradik kembar Upin dan Ipin yang merupakan salah satu watak dalam filem animasi Geng yang bakal ditayangkan nanti, watak Upin dan Ipin ni sangat comel malah akak Ros pon comel hehe, gurau. Animasi dia x kaku pergerakkan cantik, pergerakkan mulut dan suara tepat. Pemilihan suara kepada watak2 pon amat kena. Animasi ini turut menerangkan kenapa umat Islam perlu berpuasa dan menggunakan "cute factor" watak Upin dan Ipin yang amat menghiburkan. Watak Opah dalam animasi ini juga berjaya menerangkan banyak segi dalam ibadah puasa dan ibadah lain amnya dalam bulan Ramadhan dalam bentuk yang mudah difahami oleh kanak-kanak.

Animasi ini dibangunkan oleh Les'copaque Production dan merupakan Made in Malaysia sepenuhnya. Proud to be Malaysia! hehe. Siri Animasi 3D ini menggunakan perisian Maya dan tujuan siri ini dihasilkan adalah merupakan strategi memberi kefahaman kepada penonton sebelum filem animasi Geng ditayangkan. So sesiapa yang x penah tgk Upin & Ipin ni kat TV9 mcm aku, tgk la kat bawah ni. Ha tengok..tengok...hehe


Episod 1. Upin dan Ipin merupakan teaser untuk "Geng The Movie"
sempena bulan puasa.


Di bawah ni pula video 'Sneak peek' tentang Geng the Movie dari Les' Copaque Productions.

Turut terdapat Wallpaper Geng the Movie yg menarik :
1 2 3 4 5 6 7

Tiada ulasan: