Hehe, dengar tajuk entry ni pon mcm lain je kan. Aku tau ramai je diluar sana mesti mengalami situasi yang sama iaitu internet di pejabat, sekolah, lab universiti mesti ade yang sekat capaian kepada sesetengah laman web.
Biasanya laman web yang korang nak akses tapi disekat adalah laman web sosial seperti friendster, myspace, facebook, dan orkut betul tak? dan ada sesetengah nak akses meebo, imo.im, webmessenger hehe macam aku.
Jadi aku nak kongsi ngan korang satu perisian yang mampu melepasi sistem firewall (filters) untuk mengakses laman-laman web kegemaran korang tu. Perkenalkan perisian UltraSurf 8.5Tapi bila korang guna ni, jangan la kecoh2 ngan kawan2 opis, sekolah korang... haha kantoi aku x tau. shhhhhh!
Sabtu, Januari 26, 2008
Bypass ALL Internet Blocking System
Labels: tips komputer
Jumaat, Januari 25, 2008
Reflection Maker
Imej kotak yang korang lihat diatas kesan "reflection" tidak dilakukan dengan mengedit gambar menggunakan perisian khas seperti Adobe Photoshop atau lain-lain perisian malah hanya menggunakan satu website yang dikenali sebagai ReflectionMaker.com
Reflection Maker merupakan online service yang mampu membuat gambar yang diupload mempunyai reflection dibawahnya secara on the fly. Korang boleh juga meletakkan URL imej yang ingin dibuat efek reflection. Setelah itu korang boleh la download file imej yang telah telah dibuat oleh reflection maker untuk kegunaan sendiri.
Jadi lepas ni korang tak payah la susah-susah ikot step tutorial photoshop untuk melakukan reflection seperti ini.
Labels: web menarik
Nak delete file tapi x bleh...bagaimana?
Pernah x korang nak delete file tapi mcm xleh kerana Windows mengatakan bahawa file tersebut tengah digunakan oleh suatu program.
Ala...biasanya kuar mesej camni..
Kekadang boleh je buang setelah program tersebut dipadamkan, namun kekadang x bleh pon. Jadi bagaimana sekiranya perkara seperti itu terjadi?
Langkah mudah, hanya gunakan program yang dikenali sebagai Unlocker. Program ini ditawarkan secara percuma untuk pengguna Windows 20000/XP/Vista yang mampu untuk "unlock" sebarang folder atau files yang korang nak delete tu. Program ini hanya sebesar 192KB.
Labels: tips komputer
Khamis, Januari 24, 2008
Steganography : Bagaimana menyorokkan fail rahsia ke dalam fail imej
Dulu masa study kat ftsm, ukm adalah satu subjek ni ajar tentang steganography yg dikelolakan oleh Dr Sha hehe rindu plak waktu dalam kelas. Kalau dari wikipedia steganography bermaksud :
"Steganography is the art and science of writing hidden messages in such a way that no one apart from the sender and intended recipient even realizes there is a hidden message. "
Waktu Dr Sha ni adela tunjuk macam-macam cara stega ni. Salah satu yang menarik adalah menyorok file peribadi/penting/apa-apa la istilah iaitu file yang kita hendak nyorokkan daripada pengetahuan org atau diakses org dan dinyorokkan pada file gambar jpg biasa.
Jadi kali ni aku nak kongsi langkah-langkah bagaimana untuk nyorokkan fail rahsia ke dalam fail gambar.
Ok, langkah pertama dapatkan fail rahsia korang dan juga sebarang fail gambar jpg. Dalam tutorial ini aku menggunakan contoh gambar klcc.jpg dan juga fail yang ingin disorokkan secret.txt
Langkah 1 :
Masukkan file rahsia korang dan fail jpg tu pada satu folder. Mcm dalam kes ni aku guna folder rahsia dan letakkan pada root directory C: jadi folder tu sepatutnya C:\RAHSIA
Langkah 2 :
Untuk langkah 2, korang perlukan perisian WinRAR. Kemudian add fail rahsia korang pada "new RAR archieve (dalam contoh ini secret.txt.rar)
Jadi sepatutnya, korang dah ade 3 fail pada folder C:\rahsia
Pergi command prompt, mcm mana?... senang je (start menu -> run -> type "cmd") takpon pada (accessories -> command prompt).
Langkah 4 :Tukar kepada C:\RAHSIA dengan menggunakan command "CD" iaitu change directory seperti gambar dibawah.
Langkah 5 :
Sekarang taip copy /b klcc.jpg + secret.txt.rar klcc_hid.jpg dimana klcc.jpg adalah fail gambar asal, secret.txt.rar adalah fail yang akan dinyorokkan, dan klcc_hid.jpg adalah fail yang mengandungi keduanya.
Maka sekarang korang berjaya menyorokkan fail secret.txt.rar iaitu fail secret.txt yang telah di'rar'kan pada fail gambar klcc_hid.jpg. Kalau korang bukak fail klcc_hid.jpg tiada apa yang mencurigakan seperti dibawah.
Jadi bagaimana untuk mendapatkan balik fail secret.txt dari gambar ini?. Mudah je hanya tukarkan fail klcc_hid.jpg kepada klcc_hid.rar dan extract fail secret.txt tersebut. Untuk memudahkan kerja rename extension korang untick "Hide extensions for known file types" tujuannya supaya korang dpt tukar extension fail tersebut dengan mudah.
Kalau korang rasa susah sangat nak ikut bende ni, just guna je program Hide in Picture ni... atau mp3stego ni untuk menyorokkan fail ke dalam fail mp3.*Update
ada sesetengah org mengatakan x berjaya buat trick ni.
so rasa elok tgh tutorial org ni lebih kurang gak. tapi compression tool dia guna 7-zip.
Labels: tips komputer
Isnin, Januari 21, 2008
Proton SAGA Red Concept
Virtualization...VirtualBox
Virtualization....apa tu? kalau virtual maknanya sesuatu yang maya. Virtualization yang ingin aku bincangkan kali ini adalah satu langkah atau cara untuk melarikan satu lagi OS pada komputer yang sedia ada. Sebagai contoh korang dah sedia ada bukak Windows XP misalnya, dan ingin membuka Linux (client) dalam Windows XP (host) tersebut. Ini dapat dilakukan dengan perisian virtualization yang sedia ada di pasaran.
Secara amnya terdapat tiga perisian sebegini yang diketahui. Diantaranya Virtual PC yang telah dimilikki sepenuhnya oleh Microsoft, VMWare dan terkini VirtualBox. Mungkin ada antara korang yang sememangnya sudah tahu kewujudan perisian sebegini dan fungsinya. Apa kelebihan menggunakan perisian sebegini? Kelebihannya :
- Korang tak perlu pening2 untuk membuat pelbagai partition khas.
- OS client dapat diakses pada komputer host pada bila2 masa. Jadi tak perlu reboot untuk masuk ke OS yang lagi satu.
- Dapat berkongsi fail dengan mudah antara sistem client dan juga host
- Untuk tujuan percubaan, contohnya aku ingin cuba gOS Rocket 2.0 pada entry yang lepas, jadi boleh guna perisian sebegini untuk tujuan mencuba OS tersebut.
- Dapat letak pelbagai OS pada komputer pada komputer host. Dalam bahasa inggerisnya "Put many operating system under one roof" hehe.
- Kurangkan kos, watpe nak pakai pc banyak2, install je semua dalam satu pc.
Berikut beberapa screenshots VirtualBox.




