Khamis, April 24, 2008

Shutdown Day

Pada dunia digital ini, kebanyakkan antara kita bergantung kepada komputer. Malah komputer dan teknologi mengubah cara hidup kebanyakkan antara kita. Tidak dinafikan komputer banyak membantu dalam pelbagai aspek dalam kehidupan manusia, banyak transaksi dapat dilakukan dengan menggunakan komputer secara online seperti perbankan elektronik, e-komers dan lain-lain lagi.

Namun setiap kemudahan biasanya mempunyai kesan buruknya. Penggunaan komputer dunia terutama dalam data center menyumbang kepada penggunaan tenaga elektrik yang tinggi. Kebanyakkan syarikat seperti AMD dan Intel sentiasa berusaha dalam mengurangkan penggunaan tenaga elektrik (power consumption) pada produk mereka. AMD contohnya pada produk terbaru mereka Opteron Quad Core mengetengahkan teknologi yang dapat mengawal frekuensi setiap teras (core) bagi mengurangkan penggunaan tenaga. Korsotium The Green Grid yang dianggotai pelbagai syarikat teknologi perkomputeran turut menyumbangkan pandangan dan idea bersamaa bagi mengurangkan penggunaan tenaga elektrik.

Oleh sebab itu terdapat satu program yang dikenali sebagai Shutdown Day yang akan dianjurkan pada 3 mei ini selama 24 jam. Shutdown Day adalah inisiatif untuk mengurangkan penggunaan tenaga elektrik dunia sempena hari bumi. Jadi persoalannya dapatkah kita tidak menggunakan komputer selama 24 jam pada 3 Mei ini. Seperti saya yang sentiasa menggunakan komputer di pejabat malah di rumah untuk tujuan bersantai seperti melayari internet, bermain permainan komputer mampukah saya tidak menggunakan komputer bagi satu hari iaitu pada 3 Mei ini?. Jawapannya mestilah tidak :) kerana saya masih memerlukan komputer untuk menyiapkan tugasan kerja ketika di pejabat. Namun jika anda rasa anda mampu melakukannya teruskan niat anda dan terus berdaftar dengan Shutdown Day dan menekan I Can!

Tiada ulasan: