Assalamualaikum,
Haritu aku penah share photoshop tutorial tentang underexpose kat blog friendster, maybe tutorial tu akan aku letak disini. Ok kali ni kita share tips tentang Windows Vista pula iaitu "Start menu power button"
Secara default iaitu setelah install Windows Vista or preloaded jika beli sistem komputer dengan Vista "Start menu power button" telah diset kepada "Sleep" iaitu Standby mode yg meletakkan minimum power.
Cepat utk dibuka balik. Tapi mcm aku lebih suka button tersebut ditukarkan kepada "Shutdown". Sebab agak leceh untuk tekan arrow disebelahnya seperti dalam gambar kat bawah.
Oleh itu, berikut adalah cara untuk menukar default Power Button Vista nih.
Step 1 : Mula-mula pergi Control Panel, then pilih classic view untuk pencarian yang lebih mudah. Pilih "Power Options".
Step 2 : Tekan "Choose when to turn off the display" seperti berikut.
Step 3 : Kemudian tekan, "Change advanced power settings".
Step 4 : Nanti keluar window "Power Options" dengan tab "Advanced settings" seperti berikut. Scroll dan carik "Power buttons and lid" kemudian expand button + dan expand "Start menu power button". Kemudian terdapat setting dimana anda boleh pilih sama ada ingin memilih "Sleep, Hibernate, Shutdown". Seperti yang ingin aku tukar dalam tips ni iaitu shutdown. Maka pilihan "Shutdown" dipilih, dan kemudian tekan apply.
Wallaa, akhirnya power button telah ditukar kepada shutdown, memudahkan untuk menutup komputer :) InsyaAllah akan ada tips yang lain di masa akan datang.
Ahad, September 23, 2007
Windows Vista Tips : Start Menu Power Button
Labels: komputer dan teknologi
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan