Ahad, September 23, 2007

Dual Core, Quad Core kini Triple Core?


"AMD Triple Core"




Beberapa hari yang lepas AMD mengumumkan Triple Core iaitu 3 core dalam 1 pemproses. Hehe basically triple core ni adalah Quad Core processor yang telah dipadamkan fungsi 1 core dan hanya 3 core saja yang berfungsi atas sebab "Yield" yang tidak beberapa bagus. Amnya hanya 85% peratus "yield" yang berjaya sepenuhnya, maka silicon yang tidak berjaya akan cuba dipasarkan dalam bentuk lain iaitu dengan mengurangkan fungsi dan lain-lain. Pada 12 September lepas AMD telah melancarkan Quad Processor mereka dengan "codename" Barcelona. Apa yang membezakan Quad Core AMD ngan Quad Core Intel ialah dari segi implementasinya. Intel telah mengambil langkah mengabungkan 2 dual core processor yang sedia ada untuk menjadikan Quad Core manakala AMD pula mengambil langkah membina "Native Quad Core" iaitu 4 core dalam 1 silicon/die. Gambar dibawah adalah "wafer" iaitu terdapat "silicon/die" yang akan dikeluarkan utk dijadikan processor.


Berikut perbezaan implementasi Quad Core Intel dengan AMD pada processor Quad Core mereka.
Triple core AMD ini akan dikenali sebagai AMD Phenom X3 dan akan berada dipasaran pada tahun 2008, manakala AMD Phenom X4 Disember ini.

Tiada ulasan: