Memaparkan catatan dengan label lain-lain. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label lain-lain. Papar semua catatan

Ahad, Januari 13, 2008

Chantek


hey wanita
gembira dapat berjumpa
teringat kembali kali pertama kita bersua
ingat bila kita bersatu serupa
tak lama dahulu jangan kau kata kau dah lupa
kau bersama kawan2 yang nyata
kau paling menyerlah di antara mereka
rambut hitam warna coklat anak mata
membuatku kurang fasih bila bicara
apakata kita ambil sedikit masa
untuk mengenali sesama kita selanjutnya
dan jika kau rasa apa yang ku rasa
ayuh kita ke bab 2 dan seterusnya

chantek..
dirimu buat ku tertarik
menghilang segala prasangka
di jiwa
ohh chantek...
sungguh aku cinta kamu

dia..
pandai menjaga hati ayah dan ibunya
kelakuannya sama dengan orang tua ku juga
dia..
bisa cipta yang gula dari yang cuka
pandai menukar yg duka kepada suka
dia..
bijak mengatur acara dan juga masa
cekap memasak garam dan gula secukup rasa
dia..
pandai menjaga harta dan juga duitnya
tetap anggun tanpa mendedahkan kulitnya
dia..
setia pada Yang Esa satu-satunya
memenuhi tanggungjawab 5 waktunya
dia..
punya tempat dalam rancangan
tak usah lengah
ayuh kita berumah tangga

chantek..
sechantek suria menyinar
seindah bunga yang di taman..mekar...
chantek...
dirimu buat ku tertarek..
menghilang segala prasangka
di jiwa...
oohhh chantekk..
sungguh aku cinta kamu

aku..
melihat kita bersama di hari tua
dia..
masih satu tiada empat tiga atau dua
dan walaupun kau sudah ke pudaran rupa
kau tetap cantik padaku aku tak lupa
kita bersama di anjung luangkan masa
kewangan merdeka mampu tersara
hasil usaha kita dari masa dahulu
cukup untuk mengisi perut anak dan cucu
hidup santai tak perlu terburu-buru
punya masa kerja ibadah dan juga ilmu
anak kita dan ayahnya semua sebulu
aku bilang kau chantek dan mereka setuju

chantek..
sechantek suria menyinar
seindah bumi di taman..mekar...
chantek...
dirimu buat ku tertarik..
menghilang segala prasangka di jiwa...
ohh chantek...
sungguh aku cinta kamu...

Sabtu, Disember 22, 2007

Microsoft .NET training dengan hanya RM80


Berita gembira kepada pembangun-pembangun aplikasi semua, Microsoft Malaysia kini menawarkan latihan .NET yang dikenali sebagai START.NET Program Workshop dengan kadar yang istimewa.

Program START.NET ini dikhususkan kepada pembangun yang ingin mendapatkan latihan secara mudah dengan kadar berpatutan iaitu hanya RM80 pada satu-satu sesi (kebiasaannya Rm1500). Latihan kemahiran ini akan menyediakan pembangun pelbagai skil diantaranya "Getting Started with.NET, Upgrading to Visual Basic 6 dan .NET Framework 3.0

Maklumat mengenainya :
http://www.microsoft.com/malaysia/events/dotnet/default.aspx

Khamis, Disember 13, 2007

"choose a happy ending"... pilih kesudahan yang menggembirakan

Gambar apakah ini, ini adalah gambar starter pack Happy bersama-sama sticker yang diberi oleh jurujual yang sungguh baik hati. Hehe ini bermakna aku sudah mendapatkan starter pack Happy, haha anda bagaimana?. Berwaspada la anda mungkin akan menjadi mangsa panggilan berbual yang lama... :)

i'm happy now...but if one day i lost my happy, where should i go to get back my happy? .. mmm

Rabu, Disember 12, 2007

info terbaru tentang happy prepaid


Untuk maklumat terkini, tempat untuk isian semula kredit Happy prepaid secara umumnya adalah terhad. Namun kini pengguna Happy boleh berbuat demikian menggunakan CIMBClicks dan juga beberapa mesin ATM sekitar anda, dan untuk pengetahuan umum Happy caj maksimum yang dikenakan adalah 99 sen tetapi terhad untuk 45 min sahaja, selepas itu panggilan anda akan diputuskan secara automatik. Haha tapi masih berbaloi bukan :)

Sudahkah anda bersedia untuk menjadi gembira?.. :) Be Happy.

Ahad, Disember 09, 2007

Nathan Sawaya Lego Artist sepenuh masa.

Korang mesti penah main blok Lego kan semasa kecik, kalau x penah ruginya hidup. Hehe gurau je. Selalunya mesti seronok kalau dapat buat sesuatu yang menarik dengan lego ni. Waktu tu kalau terasa bangga dengan kekreatifan tu, lupakan je la sebab ada seseorang yang lebih kreatif dengan blok lego ni. Perkenalkan Nathan Sawaya, seorang full time Lego artist. Sebenarnya dia ni seorang attorney namun boleh meninggalkan profesionnya itu untuk menjadi artist lego?..hehe...

Okay, mari kita lihat sedikit hasil kerja Nathan Sawaya ni.







Percaya x semua ini adalah blok lego?... kreatif bukan, untuk melihat hasil-hasil rekaan yang lain sila ke Nathan Sawaya : The Art of brick

Khamis, Disember 06, 2007

happy™ :)

Saya gembira akhir-akhir ini, anda bagaimana?.. Hehe rasanya anda akan lebih gembira apabila tau tentang ini. Happy™ merupakan servis prepaid terbaru di Malaysia. Apa kelebihan Happy.. taraaa... hehe caj panggilan kemana-mana network hanya serendah 1 sen sesaat dan caj maksimum hanya 99 sen sahaja! tanpa mengambil kira tempoh panggilan yang dibuat... :) caj sms pula dikenakan 10 sen kemana-mana network. Validity nya pon agak lama iaitu 60 hari dengan sebarang nilai caj semula!, amat sesuai sebagai nombor kedua, keh3. Anda mesti tertanya bagaimana network coverage plak.. hehe untuk itu Happy prepaid menggunakan coverage sedia ada DiGi, dan no prefix untuk Happy prepaid adalah 014. Ok, sekiranya berminat starter pack bagi Happy hanyalah serendah RM5 dengan isian perbualan RM2. Dengan hanya mendaftar di http://www.happy.com.my/ anda boleh membeli starter pack tersebut yang akan dihantar ke rumah dengan percuma. Krew Happy turut akan mengunjungi Giant Hypermarket sekitar anda, so dptkan Happy anda disana nnti, carta disini :)

Sabtu, September 29, 2007

RAM for me, Hard disk for sister...

Ujian MEdSI berjaya diharungi 300 soalan dalam 1 jam, hehe lantas petangnya operasi memasang RAM 1GB ke notebook aku, dan gantian hard disk yang rosak ke laptop kakak dilakukan. Windows Astalavista kemudian dipasang.

Selamat Berpuasa dan menyambut Nuzul Quran

Rabu, September 19, 2007

Cambridge oh cambridge...



Leceh...dateline 22hb.. huhh, senior 1 blum filter lagi nih. Nalini postpone lagi x bleh ke :p

Ops Buka

Hmm baru je melakukan operasi membuka..tetapi bkn buka puasa. Operasi mengeluarkan cakera keras yang telah kong dalam laptop. Sian akak den. Fail-fail semua ilang. Ingat backup sebelum kena. :) Sediakan payung sebelum hujan org kata. So cik ain, kenala pinjam external case ko utk test hard disk ni mana tau x kong, connector notebook yg problem.

Isnin, September 17, 2007

Buka Pose....




2 Nasi Putih + Ayam Masak Merah + Sayur Kailan Ikan Masin + Telur Dadar + Tom Yam Campur + Milo Ais + Teh O ais = RM21.70


Oleh kerana Tom Yam ko banje so... 12 hengget la ko kene banje aku nnti 85 sen tu kira cincai... next time ok... ahhaha....

Ahad, September 16, 2007

Seri Suria School



gambar first time jejak kat lab junior waktu cuti sekolah


Isnin ni genap minggu ke-4 aku bertugas sebagai computer instructor atau dikenali sebagai teacher atau Mr Reezwan oleh budak-budak seri suria. Aku terima post ni atas tujuan menimba pengalaman dalam bidang pendidikan. So far so good, pelbagai karenah pelajar dan pelbagai pengalaman dapat ditimba semasa mengajar budak-budak ni. Hehe terdapat kenangan manis terutama apabila pelajar-pelajar ni meminta alamat email, tanya umur, single ke x. Haha. Yang bestnya bila balik budak-budak junior ni kalau terserempak sure lambai hai teacher. Itu cukup membuat hati terharu. Ini rupanya manisnya menjadi seorang teacher :) Terharu apabila melihat anak murid melompat kegembiraan apabila memanggil mereka untuk ke kelas komputer dan ada pula bersuara "yeah teacher, teacher, i like this new teacher" ..terharu lagi sekali. keh3. Dengar macam aku ni teacher yang tersangat baik, tetapi horror teacher. huhu kalau aku menjerit satu kelas tu suara aku je. Mesti korang x percaya, yela aku ni kan soft spoken haha. Itu sahaja lah ingin aku kongsi pengalaman menjadi guru di Sekolah Seri Suria. More info about this school boleh lawati :

http://www.real.edu.my/ atau http://www.serisuria.edu.my/sss_main.html