Ahad, September 23, 2007

Kelebihan Sembahyang Terawikh

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda:

"Barangsiapa yang mendirikan sembahyang (Terawikh) pada malam bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka Allah ampunkan segala dosanya yang telah lalu." (Riwayat Muslim)

Oleh itu semoga kita sama-sama dapat menghidup dan memeriahkan malam-malam yang mulia ini, dengan tujuan mencapai keredhaan Allah dan kelebihan beribadat di malam “Lailatul Qadr” seperti yang jelas dari firman Allah S.W.T. yang bermaksud: “Malam Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan yang lain” dari ayat 3, surah al-Qadr. InsyaAllah.

Tiada ulasan: