Akhirnya, Yahoo! Messenger for Vista kini boleh dicuba oleh pengguna Windows Vista diluar sana. Tapi ini hanyalah gambaran awal terhadap YM for Vista final yang belum tahu lagi bila akan keluar. Apa kelebihannya Yahoo! Messenger khas untuk Windows Vista ini berbanding Yahoo! Messenger asal yang sedia ada?
Maka hati ini tertanya, terus aku menekan butang "Download Now", cara installnya masih sama seperti dulu, mudah seperti install program yang lain-lain juga. Aku terus menanti proses menginstalasi (hahah). Setelah selesai keluar la interface yang agak menarik, kena la ngan Windows Vista.
So apa yang barunya.. ok, mula2 adalah "Contact Scaling" dimana kita boleh adjust saiz gambar, avatar contact list kita. Contoh seperti gambar di bawah. Terdapat juga theme yang boleh dipilih tapi tu bkn penting pon, ikot selera sendiri je.
Fungsi menarik lain adalah "Tabs" dimana semua tetingkap chat akan diletakkan dalam 1 tetingkap yang sama seperti gambar kat bawah ni, so xde la taskbar korang penuh or desktop korang banyak sngt bende yang dibuka.
Fungsi yang sangat aku suka adalah "Gadgets", iaitu gadget yang diletakkan di Windows Sidebar. Dimana kita boleh drag contact yang kita suka, dan dari situ kita boleh access dgn cepat sama ada untuk chat dgnnya, tau dia online dan offline. Untuk mengubah contact hanya drag n drop ke Gadget tersebut.
Maka yang terakhir sekali apa yang aku nampak, emoticon nya ada yang baru n gambar nya gemok2 la plak hehhe...So pengguna Windows Vista yang turut menggunakan Yahoo! Messenger jika ingin mencuba sila la download disini.
Khamis, Disember 06, 2007
Yahoo! Messenger for Vista Preview
Labels: perisian
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
wa.. best2.. smiley gemok2.. adehh. check out smiley di lajur ke 5, baris ke 2. mcm tuannye blog:p ehe. gurau je. bkn vista user x leh guna ke?
aik selama nih YM xleh runnin kat Vista ke??....aku xtau ponn sbb xpernah guna pn Vista sblum ni...Install Vista Pun semata2 nak men games directx10...wakaka sori mr. gates
Catat Ulasan