Walaupun sepatutnya Microsoft melancarkan Windows XP Service Pack 3 pada April 29, 2008 untuk dimuat turun umum namun perkara tersebut hanya boleh dilakukan sekarang. Pada hari ini XP SP3 secara rasminya dilancarkan secara RTW (Release to Web). Dengan kata lain SP3 boleh dimuat turun melalu Windows Update dan juga Microsoft Download Center. Versi final SP3 (5512) ini dikatakan mengandungi 1,073 fixes ynng telah dikesan sejak Windows XP SP2 dilancarkan pada Ogos 2004.XP SP2 hit Microsoft's servers back in August 2004.
Berikut muat turun Service Pack 3 dalam pelbagai bentuk iaitu Network Installation Package untuk installer yang lebih kecil, XP SP3 - ISO Image adalah imej iso untuk diburn kepada CD malah lebih senang untuk update melalui Windows Update sekiranya anda mengemaskini Windows anda seorang sahaja ;) :
Download: Network Installation Package XP SP3 - ISO CD Image XP SP3 Checked Build Windows Update
Sabtu, Mei 10, 2008
Akhirnya Serrvice Pack 3 sudah dilancarkan di web.
Isnin, Mei 05, 2008
BitDefender percuma untuk 6 bulan.
- BitDefender antivirus 2008
- Intrenet security 2008
- BitDefender Total Security 2008
Promosi BitDefender ini dapat diakses di sini
Dapatkan Avira AntiVir PersonalEdition Premium secara percuma.
- WebGuard untuk muat turut yang selamat.
- Perlindungan terhadap Adware & Spyware
- Perlindungan khas terhadap virus email (POP3 dan SMTP)
Sabtu, April 26, 2008
Menggabungkan SP3 ke dalam CD Windows XP
Seperti yang diketahui, Microsoft sudah melancarkan Service Pack 3 RTM (final) pada 22 April lalu. Kali ini aku ingin kongsi bagaimana untuk meletakkan SP3 ke dalam CD Windows XP yang lebih dikenali sebagai Slipstream. Tujuan ini dilakukan ialah apabila Windows dipasang ia telah siap sedia dengan Service Pack 3, maknanya setelah ianya siap dipasang (install) secara virtualnya tiada sebarang Update perlu dipasang kerana SP3 telah mengandungi semua update dan hotfix yang sebelumnya.
Bagaimana ini dilakukan?.. Mudah sahaja :
1. Masukkan CD Windows XP korang.
2. Muat turun Service Pack 3 daripada Microsoft.
3. Muat turun dan pasang program nLite.
4. Tekan Next sehingga korang sampai kat Locating the Windows installation page, tekan Browse and select the cd-rom drive di mana CD Windows XP korang berada :
5. Seterusnya, nLite akan tanya korang dimana untuk simpan fail CD tersebut untuk pengubahsuaian, click OK.
6. Sekarang korang perlu buat folder dimana fail Windows dari CD akan disalin dan pengubahsuaian akan dilakukan. Tekan Make New Folder pada sebarang lokasi, dan beri sebarang nama.
7. nLite akan salin (copy) semua fail daripada CD Windows XP ke folder yang telah korang buat sebelumnya. Setelah selesai, tekan Next.
8. Seterusnya tekan Next sehingga korang sampai pada Task Selection, pilih Service Pack dan Bootable ISO (ini untuk membuat image windows yang baru setelah digabungkan dengan SP3) kemudian tekan Next.
9. Tekan Select dan dan pegi dimana korang letak fail service pack 3 yang telah korang download tu iaitu dalam langkah 2 di atas.
10. Kemudian, nLite akan memulakan proses menggabungkan Service Pack 3 pada Windows XP korang tadi. Setelah selesai, klik OK dan tekan Next.
11. Akhir sekali, kita perlu buat image Windows baru yang telah diggabungkan tadi untuk burn ke dalam CD. Pada Mode, pilih Create Image kemudian tekan Make ISO . Korang juga boleh terus Burn ke dalam CD tanpa buat ISO Image baru, pilih Mode Direct Burn dan klik Burn seperti gambar dibawah. Jadi korang x perlu program lain untuk burn image tersebut.
Setelah selesai, akhirnya korang dah ade CD Windows XP yang telah dikemaskini dengan Service Pack 3. Bila korang install Windows baru ataupun format komputer korang, secara automatik Service Pack 3 dipasang sekali ;)
Labels: tips komputer
Jumaat, April 25, 2008
AVG Free Antivirus kini versi 8
Program antivirus daripada Grisoft kini telah mengemaskini antivirus AVG percuma untuk pengguna bukan komersil mereka kepada versi 8. Program yang popular di download.com yang sering berada pada carta no 1 telah mengalami beberapa perubahan terutama pada antaramukanya. Versi terbaru ini juga dilengkapi dengan Antispyware dan juga fungsi Linkscanner yang memberi tahu tahap keselamatan ke atas pautan di laman web.
Namun begitu terdapat kekurangan versi percuma ini antaranya kekurangan Anti-Rootkit, Safe Download, Safe Instant Messaging dan juga Safe Surf. Fungsi yang terdapat AVG Free Edition hanyalah Safe Search yang telah dibincangkan sebelumnya.Maklumat lanjut di AVG-Free
Khamis, April 24, 2008
Shutdown Day
Pada dunia digital ini, kebanyakkan antara kita bergantung kepada komputer. Malah komputer dan teknologi mengubah cara hidup kebanyakkan antara kita. Tidak dinafikan komputer banyak membantu dalam pelbagai aspek dalam kehidupan manusia, banyak transaksi dapat dilakukan dengan menggunakan komputer secara online seperti perbankan elektronik, e-komers dan lain-lain lagi.Labels: Isu Semasa


