Selasa, Oktober 23, 2007

WOW Part 2


Video: 3D User Pic in Windows Vista

(Description later)

"WOW" Part 1


The 'WoW' Start now..begitulah tag microsoft untuk produk Windows Vista mereka. Kali ni nak share beberapa cara untuk menambahkan lagi WOW kepada Vista..dah wow nak wow lagi..wowee hehe. Okay untuk part 1 ni, aku pasti ramai yang menggunakan Winamp untuk memainkan MP3 dan fail audio yang lain. Oleh itu aku terjumpa Winamp Skins yang amat ngam dengan Vista, dikenali sebagai WMP Aero, pengguna Windows XP turut boleh menggunakan skin ini. Jadi kalau korang nak try boleh la download sini. Okay nnti sambung WOW part 2 plak.

Ahad, Oktober 21, 2007

Tidak Bertajuk



Apa kejadian yang berlaku ini? Selamat Hari Raya

Rabu, Oktober 10, 2007

Pre-order upin dan ipin

Dapatkan VCD/DVD UPIN & IPIN sekarang!! VCD/DVD ini adalah kompilasi episod 1 sehingga 6. Harga: VCD Upin & Ipin - RM 15 DVD Upin & Ipin - RM 18 Apa tunggu lagi? Hanya tempah VCD/DVD anda disini

Upin dan Ipin : Istimewa Hari Raya


Korang yang ternanti-nantikan episod 5 dan episod 6 mungkin tertanya bilakah nak keluar kat tv ni. Apa yang dapat aku katakan mungkin keluar kat tv mungkin tidak apabila Les'Copaque seperti akan melancarkan DVD Upin dan Ipin Istimewa Hari Raya tak lama lagi. Hanya nantikannya di pasaran.

Saja nak wat korang jeles, aku dah tgk dah semua episode ni :)

Selasa, Oktober 09, 2007

Mr Punjab Letter To Bill Gates

Dear Mr Bill Gates Jee,

My name is Banta Singh and l am from Punjab , India (Sub-Continent
in the Continent of Asia ). The request is this that, on the pressure of my family, bought your computer for our home and we found the following problems, which I want to bring to your notice, so that you can get it rectified for us (if possible) and also to ensure that you do not commit this mistake again (and have another dis-satisfied customer).

1. After connecting to internet we planned to open e-mail account
and whenever we fill the form in Hotmail in the password column, only ****** appears, but in the rest of the fields whatever we typed appears, but we face this problem only in password field. We have tried for 2 full days, in turn with my wife and children, but the result is the same. Then, we checked with hardware vendor Santa Singh and he said that all your models are facing the same problem. However, he has assured that there is no problem with the keyboard or the computer. Therefore, we have to open the e-mail account with password *****. Now we are typing *****, but the mail
is not being retrieved.

2. There is a button 'start' but there is no "stop" button. We
request you to check this. I think you forgot to put this button in my
computer. However, we are stopping it by switching off from the main switch.

3. We find there is 'Run' in the menu. When I click this button
then I have to 'run' (which makes me tired). So I request you to change the 'run' to "sit", so that I can use the computer while sitting.

4. As we do not have a cycle in our house, I suggest that there
should be an option of re-scooter (I have got one), instead of re-cycle and may be car option for those who have got car..

5. There is 'Find' button but it is not working properly. My wife
lost the bathroom door key (and I was inside). I told her to find from the 'Find' key and she tried a lot for tracing the key with this 'find
button', but she was unable to trace it (I had to break the bathroom door to come out).

Is it a bug in the find key or my wife was playing a trick on me?

6. Please confirm when u are going to give me money for winning
'HEARTS' (playing cards in games) and when are u coming to my home to collect ur money. Another solution is that you can do these transactions through a bank (I can give you my account no. and you can give yours).

7. My child learnt 'Microsoft word' now he wants to learn
'Microsoft sentence', Microsoft Essay etc. Are you working on it and how soon can you provide that, otherwise my child will grow up to learn all this?

8. I bought computer, CPU, mouse and keypad, but there is only one
icon with 'MY Computer', remaining is not there?

9. The windows says 'MY Pictures', but there is not even single
photo of mine. Do not worry, I can send them to you so that you can put it in. One more suggestion, you can also have another icon of 'My Family Pictures'.

10. There is 'MICROSOFT OFFICE' what about 'MICROSOFT HOME' since I use the PC at home only. Or you plan to next time make a computer for home, school, college, universities as well.

Good luck, keep on doing the good work. Any more help you want, you are welcome.

Banta Singh, Punjab

P.S . Please do not get disheartened with the above observations, we know that you can fix it

Fakta Pemain Bolasepak

Selalu pasal IT je.. haha sekali sekala melawak...keh3..berikut fakta-fakta menarik tentang pemain bola sepak terkenal.

1. Pemain paling banyak meludah di padang = Florent Malouda - France

2. Pemain paling suka makan lepat = Frank Lampard - England

3. Pemain yang menguruskan 3 pos ofis = Helder Postiga - Portugal

4. Pengurus pasukan yang suka berlari = Luis Philipe Scolari - Portugal

5. Pemain yang main bolasepak dan ping-pong = Razak Pimpong - Ghana

6. Pemain bolasepak juga kawan baik Batman = Robin ho - Brazil

7. Pemain bolasepak yang juga macam Batman = Mathias Kezman - Serbia
Montenegro

8. Pemain yang tak pernah miss bayar bil = Adabayour - Togo

9. Pemain yang main bolasepak dan biola = Saviola - Argentina

10 . Pemain bolasepak yang paling manis = Maniche - Portugal

11 . Pemain yang selalu terluka di padang = Luca Toni - Italy

Ahad, Oktober 07, 2007

Proton Savvy dalam Fifth Gear


Fifth Gear rancangan automobil terkenal British seperti Top Gear, telah membandingkan beberapa kereta "superminis" yang terdapat dipasaran UK termasuklah Proton Savvy. Perbandingan yang dilakukan adalah kemampuan kereta-kereta tersebut untuk mengambil masa sampai ke puncak bukit. Mari kita lihat kemampuan kereta nasional dalam perbandingan ini. Jika korang perasan, mereka kelihatan gembira ketika berada dalam Proton Savvy.. haha nmpknya benarlah Proton Savvy "fun to drive"... hehe

Microsoft Internet Explorer 7, piret pon boleh.

Microsoft mengambil keputusan menghapuskan Windows Genuine Advantage kepada versi baru Internet Explorer 7. Langkah yang mengejutkan ini, akan membolehkan Internet Explorer 7 (IE7) untuk dipasang (install) dimana-mana komputer berasaskan Windows XP. (IE7 sudah sedia ada dalam Windows Vista). Jadi, pengguna Windows XP piret pon dah boleh pakai IE7 lepas ni tanpa sekatan, dimana sebelum ini hanya pengguna Windows XP sah sahaja dapat menggunakan melalui WGA.

"Because Microsoft takes its commitment to help protect the entire Windows ecosystem seriously, we’re updating the IE7 installation experience to make it available as broadly as possible to all Windows users, With today’s 'Installation and Availability Update,' Internet Explorer 7 installation will no longer require Windows Genuine Advantage validation and will be available to all Windows XP users."

Steve Reynolds, IE Blog.

*piret = cetak rompak, piracy. Hehe bahasa inggerisnya pirate.. abaikan xde dlm kamus dewan jua.

Jumaat, Oktober 05, 2007

Yahoo Messenger: Status Panjang.

Baru-baru ni YM macam limit kan kepanjangan status yang boleh ditulis. So tak dapat la nak tulis kata-kata, puisi, quotes dan apa-apa sahaja yang panjangnya lebih daripada apa yang ditetapkan. Namun sekarang masalah tersebut boleh di atasi dengan hanya menggunakan "Yahoo Messenger LongStatus Fix daripada pautan berikut :

download “YahooMessenger LongStatus Fix kat sini

Khamis, Oktober 04, 2007

Peroksi Server Awam, apakah kegunaannya?

[Proxy Server] daripada wikipedia :

"Proxy server is a server (a computer system or an application program) which services the requests of its clients by forwarding requests to other servers. A client connects to the proxy server, requesting some service, such as a file, connection, web page, or other resource, available from a different server. The proxy server provides the resource by connecting to the specified server and requesting the service on behalf of the client. A proxy server may optionally alter the client's request or the server's response, and sometimes it may serve the request without contacting the specified server."

dah baca?, paham? haha...tajuk entry ni korang abaikan.. tiada dalam kamus dewan perkataan peroksi. Bila nak guna proxy ni? ok korang penah kene macam ni x? seperti bawah ni.

Seperti senario di atas, laman web ni hanya khas kepada rakyat US dan Canada sahaja. Bagaimana mereka kesan? tentulah melalui IP (Internet Protocol) kita. So masa camni la kita boleh gunakan proxy server. Tujuannya adalah untuk menggunakan IP Proxy Server tersebut, seterusnya dapat la kita jadi fake rakyat US. Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:

Cari Proxy Server menggunakan google. Boleh juga dari sini

Berdasarkan senario kita, web itu khas untuk pengguna US. Jadi kita carik proxy server dari US dan pastikan pilih server type "high anonymity". Kemudian salin no ip dan no port server tersebut. Seterusnya pegi ke "Internet Options" Internet Explorer -->Pegi tabs "Connections" --> bahagian "Local Area Network"---> Click "LAN Settings"---> Kemudian masukkan IP address dan no port yang kita salin tadi. Iaitu seperti dalam gambar dibawah.

Kemudian cuba masuk balik laman web tadi, hehe sudah boleh masuk. Jahat x? keh3 salah satu kegunaan proxy server. :) Bila anda sudah register laman web tersebut padam proxy server dan hanya login seperti biasa laman web tersebut. Ini kerana menggunakan proxy server adalah lebih perlahan disebabkan kita perlu melalui proxy server dahulu utk mengakses sesuatu laman web tersebut.

(Laman web download lagu percuma secara sah dengan "Digital Rights Management")

Yahoo! Search kini dengan "Predictive Input"


Yahoo! search memasukkan fungsi baru kepada Search engine mereka yang dikenali sebagai "Search Assistant" teknologi bantuan terbaru digunakan dalam web. Fungsi ini boleh dipadamkan mengikut selera pengguna.

Kajian yang dilakukan oleh Harris Interactive untuk Yahoo! mendapati bahawa pengguna mengalami "Web search fatigue" dimana 99 peratus pengguna dewasa yang menggunakan enjin gelintar untuk mencari maklumat, hanya 15 peratus daripada mereka dapat memperoleh maklumat yang mereka cari daripada carian pertama.

Oleh itu Yahoo cuba mengurangkan angka ini dengan membantu pengguna mencari maklumat yang tepat, bukan hanya memaparkan link-link yang memeningkan pengguna. Sebagai contoh, apabila maklumat berbuka puasa dimasukkan, terdapat beberapa cadangan maklumat yang berkaitan, dan ini memudahkan pencarian maklumat anda.

Rabu, Oktober 03, 2007

Ops Thermal Compound

AMARAN : BAHASA "PASAR" YANG DIGUNAKAN AGAK KETERLALUAN DAN MUNGKIN TIDAK SESUAI BAGI SESETENGAH GOLONGAN MASYARAKAT.

Ok hari ni aku menjalankan operasi "Thermal Compound" plak hehe. Untuk pengetahuan korang motherboard PC aku ni penah kene sambar petir, tapi syukur masih under warranty so dh dpt pon replacement nye. Tapi ade satu masalah, sbb thermal compound asal yang ade kat "Heatsink" processor aku x bleh digunakan dah, sbb bila dah guna dan tanggal heatsink kene letak compound baru untuk fungsi yang optimum, jadi kene la letak thermal compound yang baru untuk memastikan processor yg digunakan berfungsi dalam keadaan yang sejuk dan nyaman hehe. Aku dah cuba guna je thermal paste yang ade namun suhu processor tu x memberangsangkan hingga menyebabkan kipas heatsink tu berputar mcm nak rak hehe...bingit.

Jadi, aku pon order la thermal compound baru. Beli online je xde masa nak kuar beli. Mula-mula aku order "Artic-Cooling MX-1" yg dikatakan amat bagus fungsinya. Haha.. lupa lak nak bgtau kegunaan Thermal Compound ni. Thermal compound digunakan untuk memastikan tiada ruang diantara processor dan heatsink (ruang yg tersangat kecil), maknanya untuk memastikan contact yg rata. Sebagai contoh jika ade ruang dan terdapat udara, maka fungsi untuk transfer heat pon kurang sbb udara kan bukan konduksi haba yg baik :) .Lebih kurang mcm dlm gambar ni la.. Tapi ni dia bandingkan product dia n other thermal compound je.


Ok aku sambung cerita, setelah order punya order seller tu cakap Artic-Cooling MX-1 tu habis stock, so dia cadang ganti kepada Coolermaster Nanofusion... mmm aku pon cakap ok la...bedal jela...malas pikir...So bende yg dipesan tiba keesokkan harinya.


Operasi membuka
Seterusnya, mangsa keadaan diambil. Dibukak perutnya, dikeluarkan tengkorak otaknya (heatsink berkipas) dan dinampakkan otaknya haha..


Operasi membersih

Langkah berikutnya, permukaan bawah heatsink dan atas pemproses dibersihkan. Iaitu saki baki daripada thermal paste terdahulu dibersihkan sebelum meletakkan thermal compound baru.

Operasi meletak

Sesudah membersih, compound baru pon diletak ke atas heatsink. Coolermaster menyediakan langkah-langkah aplikasi meletak compound. Terdapat manual, kad untuk menyapu, dan sticker untuk memudahkan membuat bentuk petak. Setelah meletakkan compound, sticker tersebut ditarik untuk membuang bahagian lain sehingga membentuk petak.


Hasilnya, sebuah pc yang mempunyai processor yang berfungsi secara nyaman. Hehe

Selasa, Oktober 02, 2007

Tol dijangka naik lagi 10%

Kadar tol bagi 8 syarikat konsesi dijangka akan naik sebanyak 10% pada Januari 2008 berdasarkan perjanjian dengan syarikat konsesi dan kerajaan. Walaubagaimanapun Menteri Kerja Raya Datuk Seri S. Samy Vellu menegaskan bahawa terdapat kemungkinan bahawa kenaikkan itu akan dikurangkan melalui subsidi daripada kerajaan.

Laporan dari The Star bertarikh 1 Oct tidak menjelaskan 8 tol tersebut. Kenaikkan terakhir adalah pada 1 Jan 2007 melibatkan tol Plus, Elite, Shahpadu dan beberapa syarikat konsesi tol yang lain.

Sumber

Isnin, Oktober 01, 2007

Upin & Ipin Review


Hmm, aku jarang tgk tv so tak tau sngat pasal animasi Upin & Ipin ni. Terima Kasih kepada T sbb bagi youtube link td. So far animasi ni best mengisahkan adik beradik kembar Upin dan Ipin yang merupakan salah satu watak dalam filem animasi Geng yang bakal ditayangkan nanti, watak Upin dan Ipin ni sangat comel malah akak Ros pon comel hehe, gurau. Animasi dia x kaku pergerakkan cantik, pergerakkan mulut dan suara tepat. Pemilihan suara kepada watak2 pon amat kena. Animasi ini turut menerangkan kenapa umat Islam perlu berpuasa dan menggunakan "cute factor" watak Upin dan Ipin yang amat menghiburkan. Watak Opah dalam animasi ini juga berjaya menerangkan banyak segi dalam ibadah puasa dan ibadah lain amnya dalam bulan Ramadhan dalam bentuk yang mudah difahami oleh kanak-kanak.

Animasi ini dibangunkan oleh Les'copaque Production dan merupakan Made in Malaysia sepenuhnya. Proud to be Malaysia! hehe. Siri Animasi 3D ini menggunakan perisian Maya dan tujuan siri ini dihasilkan adalah merupakan strategi memberi kefahaman kepada penonton sebelum filem animasi Geng ditayangkan. So sesiapa yang x penah tgk Upin & Ipin ni kat TV9 mcm aku, tgk la kat bawah ni. Ha tengok..tengok...hehe


Episod 1. Upin dan Ipin merupakan teaser untuk "Geng The Movie"
sempena bulan puasa.


Di bawah ni pula video 'Sneak peek' tentang Geng the Movie dari Les' Copaque Productions.

Turut terdapat Wallpaper Geng the Movie yg menarik :
1 2 3 4 5 6 7